WALI MASTUR

Kita sering kali mendengar ungkapan “Hanya Wali Mengenal Wali”. Maka ianya benar, dari kerana pandangan seorang wali itu melalui ‘Sirr’ nya tiada terhalang oleh sesuatu. Maha Suci Tuhan yang sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya yang dikehendakiNya termasuk mengenali WaliNya.

Dari bersumberkan mafhum perkataan Guru-guru Mursyid, dikatogorikan beberapa ciri yang ditampakkan pada seseorang Awliya’illah yang Mastur atau tersembunyi itu sebagai perkongsian disini :

  1. Mereka yang kurang dikenali atau tertegah keberadaan mereka itu daripada masyarakat, lagi pula tiada berpengaruh dan perhatian sama sekali,
  2. Mereka itu tentunya ‘Abid yang taat perintah Syari’at Allah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Walau mereka itu ahli ‘Abid, namun Awliya’illah yang Masthur itu kebiasaannya tersembunyi kebaikannya, apatah lagi keburukannya pada pandangan manusia. Sepertinya mereka itu hidup sederhana, bekerja sebagai peladang atau pesawah.
  4. Hati mereka itu sentiasa hidup dengan Zikrullah dalam apa jua keadaan walaupun mereka terkadang bercampur gaul dengan masyarakat secara umumnya.
  5. Bagi yang memandangnya, berasa sejuk dan mendamaikan kerana ahli zikir itu diistilahkan dalam Ilmu Tasawwuf sebagai mereka yang ‘Bertubuhkan Kalimah’. Nur zikir itu terpancar pada wajahnya.
  6. Bagi yang bercakap dengannya, berasa aman dan tenang, dari kerana ahli zikir itu menyebarkan ernegi positif, yakni Nurullah di sekelilingnya.
  7. Tiada yang lazim daripada lisan mereka itu melainkan mengagungkan Allah dan RasulNya.
  8. Kata-kata mereka itu mengandungi hikmah, walaupun hanya sepatah dua kata yang diluahkan dari mulut mereka itu.

Selebihnya….

والله أعلم بالصواب

Kredit : Khuwaidimullah Anwar Mua’ai