SOLAT TAHIYYAH AL-MASJID

Setiap orang Mukmin lelaki atau perempuan apatah bagi kaum lelaki, masjid adalah tempat yang sentiasa dimasuki samaada bertujuan untuk solat atau lainnya. Apa bila dia masuk masjid maka dituntut kepadanyanya untuk mengerjakan solat tahiyyah al-masjid. Dalam tulisan ini saya akan membincangkan mengenai solat tahiyyah al-masjid dengan membawakan Hadith-Hadith yang berkaitan dengannya serta pandangan ulama mengenainya, khususnya dalam mazhab al-Shafi`i.
Solat tahiyyah al-masjid ialah solat untuk menghormati masjid.

Pensyariatan solat tahiyyah al-masjid.
Mengenai pensyariatan solat tahiyyah al-masjid di antaranya Hadith Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ المَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
(صحيح البخارى، كتاب الصلاة، باب أبواب استقبال القبلة، باب إذا دخل أحدكم المسجد فليركع ركعتين قبل أن يجلس)
Bermaksud: Daripada Abu Qatadah al-Salami bahawa Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam bersabda: Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid hendaklah dia rukuk dua rakaat sebelum dia duduk.
Maksud hendaklah dia rukuk dua rakaat ialah hendaklah dia solat dua rakaat sebagai mana Hadith yang akan disebutkan selepas ini.
Dalam Hadith yang lain:
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ، سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ بْنَ رِبْعِيٍّ الأنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ المَسْجِدَ، فَلاَ يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ
(صحيح البخارى، كتاب الصلاة، باب أبواب استقبال القبلة، باب إذا دخل أحدكم المسجد فليركع ركعتين قبل أن يجلس)
Bermaksud: Daripada Umrw bin Sulaym al-Zuraqi dia mendengar Abu Qatadah bin Ribi al-Ansari radiya Allah `anh
katanya Nabi Salla Allah Alayh Wa Sallam bersabda: Apabila seeorang itu masuk ke dalam Masjid maka janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat.
Dari Hadith-Hadith di atas menunjukkan kepada suruhan untuk mengerjakan solat tahiyyah al-masjid apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid dan dilarang duduk sebelum solat.

Perbincangan mengenai solat tahiyyah al-Masjid.
Pertama. Hukum solat tahiyyah al-masjid
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitabnya, al-Majmau: Ijma ulama mengatakan adalah sunat, disukai (istihbab) mengerjakan tahiyyah al-masjid, dibenci oleh syarak (makruh) duduk tanpa solat tahiyyah al-masjid dengan tanpa uzur.
(المجموع شرح المهذب، 3: 501)
Imam al-Nawawi juga menyebut bahawa tahiyyah al-masjid adalah termasuk dalam solat sunat yang paling afdal. Beliau berkata:

ثُمَّ أَفْضَلُ الصَّلَوَاتِ بَعْدَ الرَّوَاتِبِ وَالتَّرَاوِيحِ الضُّحَى ثُمَّ مَا يَتَعَلَّقُ بِفِعْلٍ كَرَكْعَتَيْ الطَّوَافِ إذَا لَمْ نُوجِبْهُمَا وَرَكْعَتَيْ الْإِحْرَامِ وَتَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ ثُمَّ سُنَّةِ الْوُضُوءِ
(المجموع شرح المهذب، 4: 26)
Kedua. Masuk masjid dalam waktu yang ditegah solat.
Imam al-Nawawi berkata lagi: Di sisi kami (Mazhab al-Safii) sama ada seorang itu masuk masjid pada waktu yang ditegah solat atau pada waktu yang lain. (Orang itu dituntut untuk solat tahiyyah al-masjdi.). (المجموع شرح المهذب، 3: 501) Ketiga. Rakaat solat tahiyyah al-masjid. Imam al-Nawawi berkata: Sahabat-sahabat kami (ulama-ulama mazhab al-Shafii) berkata: Rakaat bagi tahiyyah al-masjid adalah dua rakaat sebagimana yang disebut dalam Hadith. Maka jika seseorang itu solat dengan lebaih dari dua rakaat adalah harus, kerana dua rakaat itu telah termasuk dalamnya. Tetapi jika seorang itu solat jenazah, sujud tilawah, sujud syukur atau solat satu rakaat dia tidak mendapat tahiyyah al-masjid, kerana Hadith adalah jelas menyebut dua rakaat. Ini adalah pendapat Mazhab. Orang ini jika dia terus duduk dia adalah melakukan tegahan.
(المجموع شرح المهذب، 3: 501)
Ditegah duduk sebelum tayah al-masjid.
Keempat. Niat tahiyyah al-masjid.
Imam al-Nawai berkata: Sahabat-sahabtat kami (ulama-ulama mazhab al-Shafii), berkata: Tidak disyaratkan bagi seseorang itu bernait dengan dua rakaat akan tahiyyah al-masjid, bahkan jika berniat dengan dua rakaat itu solat mutlaq, atau dia berniat dengan dua rakaat itu solat rawatib atau lainnya, atau solat fardu, samaada tunai, qada’ atau nazar adaah mememadai dan hasil apa yang dia niatkan. Dan hasil lah solat tahiyah al-masjid itu dengan cara termasuk dalamnya. Tidak ada hilaf dalam perkara ini. Imam al-Nawawi berkata lagi: Sahabat-sahabat kami dalam mazhab al-Safii berkata: Jika seseorang itu berniat solat fardu dan tayiyyah al-masjid, atau solat rawatib dan tahiyyah al-masjid hasil kedua-duanya tanpa hilaf. Maksud tahiyyah al-masjid ialah supaya tidak duduk dalam masjid tanpa solat.
(المجموع شرح المهذب، 3: 501)
Cabang permasalahan
Pertama. Jika seseorang itu masuk masjid beberapa kali dalam masa yang singkat, dalam masalah ini Imam al-Nawawi menukil pendapat pengarang kitab al-Tatimmah sebaik-baiknya dia solat tahiyyah al-masjid setiap kali dia masuk, manakala menurut al-Muhamili dalam kitabnya al-Lubab memada dengan sekali tahiyyah al-masjid. Menurut Imam al-Nawawi pendapat yang pertama adalah lebih kuat kerana ia lebih hampir dengan zahir Hadith.
Kedua. Sahabat-sahabat kami (ulama-ulama mazhab al-Shafi`i) berkata: Makruh (ditegah) mengerjakan tahiyyah al-masjid dalam dua keadaan. Pertama. Apabila seseorang itu masuk masjid sedangkan imam telah mula solat fardu atau, jeru azan telah mula iqamah. Kedua. Apabila seseorang itu masuk Masjid al-Haram maka janganlah dia solat tahiyyah al-masjid dengan meninggalkan tawaf.
(المجموع شرح المهذب، 3: 501)
Ketiga. Seseorang yang masuk masjid imam sedang membaca khutbah
Di antara Hadith-Hadith mengenai perkara ini:

عن جَابِر بْن عَبْدِ اللَّه رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ أَوْ قَدْ خَرَجَ، فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْن
(صحيح البخاري، كتاب التهجد، باب ما جاء في التطوع مثنى مثنى)
Bermaksud: Daripda Jabir bin Abdullah radiya Allah `anh katanya Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam bersabda sedangkan ketika itu Baginda sedang berkhutbah: Apabila seseorang kamu datang sedangkan imam sedang berkhutbah atau telah keluar (untuk berkhutbah) maka orang itu hendaklah solat dua rakaat.
Hadith di atas menunjukkan sama ada imam/khatib sedang berkhutbah atau belum memulakan khutbahnya maka seseorang yang masuk ke masjid itu hendaklah dia solat tahiyyah al-masjid.
Hadith yang lain:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الجُمُعَةِ، فَقَالَ: أَصَلَّيْتَ يَا فُلاَنُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ»
(صحيح البخاري، كتاب الجمعة، باب إذا رأى الإمام رجلا جاء وهو يخطب أمره أن يصلى ركعتين)
Bermaksud: Daripada Jabir radiya Allah anh radiya Allahanh katanya, seorang lelaki datang sedangkan Nabi Salla Allah Alayh Wa Sallam sedang memberi khutbah kepada orang ramai pada hari Jumaat, lalu Baginda bertanya: Adakah engkau telah bersolat wahai sepulan? Jawab lelaki itu: tidak, maka Nabi pun bersabda: Bangun dan solatlah dua rakaat.
Hadith yang lain:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ، فَجَلَسَ، فَقَالَ لَهُ: «يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ، وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا»
ثُمَّ قَالَ: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ، فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ، وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا
(صحيح مسلم، كتاب الجمعة، باب التحية والإمام يخطب)
Bermaksud: Daripada Jabir bin Abdullah katanya, Sulaik al-Ghatafani datang pada hari Jumaat sedangkan Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam sedang berkhutbah, lalu dia duduk maka Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam berkata kepadanya: Wahai Sulaik! Bangun dan solatlah dua rakaat, dan lakukanlah kedua-dua rakaat itu dengan cepat. Kemudian Baginda bersabada: Apabila seseorang kamu datang pada hari Jumaat sedagkan imam sedang berkhutbah hendaklah dia solat dua rakaat dan hendaklah dia mencepatkannya.Yang dimaksudkan dengan cepat ialah cepat dan sampurna.
Dari Hadith-Hadith yang telah dibentangkan menunjukkan kepada seseorang yang masuk masjid sedangkan imam/khatib sedang membaca khutbah maka orang itu hendaklah solat tahiyyah al-masjid dengan cepat dan sampurna, ditegah kepadanya terus duduk tanpa solat.
Pendapat ulama mengenainya
Imam al-Nawqwi berkata: Mazhab kami (mazhab al-Shafi`i): Bahawa disukai (sunat) bahawa bagi orang yang masuk masjid sedang ketika itu khatib sedang membaca khutbah, melakukan solat dua rakaat tahiyyah al-masjid dan dia malakukannya dengan cepat dan sampurna, dan dibenci (makruh) baginya meninggalkannya. Imam al-Nawawi seterusnya menolak pendapat mereka yang tidak menyukainya, bahawa Hadith yang mereka pegang itu adalah gharib (tidak sahih), jika sahih maka Hadith itu adalah bagi orang yang melakukannya lebih dari dua rakaat.
(المجموع شرح المهذب،4: 429)
Adapun jika seseorang itu masuk masjid sedang khatib sedang berada pada akhir khutbah dan pada pendapatnya jika dia solat tahiyyah al-masjid dia tidak akan dapat takbirah al-ihram bersama imam, dalam keadaan ini dia tidaklah mengerjakan soalt tahiyyah al-masjid, bahkan berdiri, supaya dia tidak duduk dalam masjid sebelum tahiyyah al-masjid iaitu sebelum menghurmati masjid dengan solat. Dan jika pada pendapatnya jika dia solat tahiyyah al-masjid dia dapat takbirah al-iharam bersama imam dia hendaklah solat tahiyyah al-masjid.

(المجموع شرح المهذب،4: 429)
Imam al-Nawawi berkata dalam Sharh Sahih Muslim: Hadith-Hadith ini (Hadith yang dibincangkan ini) jelas menjadi dalil bagi mazhab al-Shafii, Ahmad, Ishaq dan para fiqaha’ ahli Hadith, bahawasanya apabila seseorang itu masuk masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah disukai (sunat) baginya untuk solat dua rakaat tayiyyah al-masjid, dan dibenci (makruh) duduk sebelum melakukannya, dan disukai (sunat) bahawa dia melakukannya dengan cepat dan sampurna supaya dia mendengar khutbah selepasnya. Imam al-Nawawi seterusnya menolak hujah mereka yang tidak menyukainya dengan berkata pendepat mereka itu tertolak dengan Hadith yang jelas iaitu: إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا Apabila seseorang kamu datang pada hari Jumaat sedagkan imam sedang berkhutbah hendaklah dia solat dua rakaat dan hendaklah dia mencepatkannya. Katanya lagi: Ini adalah nas yang tidak boleh dita’wikan, dan aku tidak menyangka seorang yang alim sampai kepadaya lafaz ini, keadaanya sahih lalu dia menyalahinya. (شرح النووي على مسلم، 6: 164) Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari ada menukil perkataan Abu Muhammad bin Abu Jamrah: Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (yang telah di sebutkan di atas) adalah nas dalam bab ini yang tidak boleh dita’wikan. (فتح الباري لابن حجر، 2: 411) Pendapat Ibn Abu Jumrah di atas adalah sama dengan apa yang telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi. Al-Hafiz Ibn Hajar juga ada membawakan pendapat mereka yang tidak suka kepada solat tahiyyah al-masjid ketika khatib memberi khutbah dengan menjelaskan bahawa Hadith tegahan solat ketika imam memberi khutbah adalah tidak sabit. Jika Hadith ini sabit pun maka ini bukan kepada orang yang melakukan tahiyyah al-masjid, kerana tahiyyah al-masjid mempunyai Hadith yang khusus mengenainya. (فتح الباري لابن حجر، 2: 411 Al-Hafiz al-Iraqi berkata: Setiapa orang yang menukilkan dari Sahabat Rasulullah mengenai tegahan solat tahiyyah al-masjid ketika khatib sedang berkhutbah ialah ke atas mereka yang berada di dalam masjid, kerana tidak terdapat seorang pun dari mereka yang jelas menegah dari mengerjakan tahiyyah al-masjid ketika imam memberi khutbah, sedangkan telah terdapat Hadith yang khusus mengenainya maka ia tidak boleh ditinggalkan hanya kerana semata-mata kemungkinan-kemungkinan yang belum diketahuai kebenarannya.
Katanya lagi: Yang sahih menurut kami ialah pendapat al-Shafii dan Ahamad (Imam al-ShafiI dan Imam Ahmad) iaitu disyari`atkan solat tahiyyah al-masjid kepada orang yang masuk masjid ketika khatib sedang berkhutbah berdalilkan dengan Hadith yang disebutkan di atas.
(فتح الباري لابن حجر، 2:411)
Lihat juga
(مرعاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح، 4: 503)

Harapan
Marilah kita mengerjakan solat tahiyyah al-masjid ketika kita masuk masjid mudahmudahan kita tergolong dari kalangan orang yang sentiasa mengikut sunnah Rasulullah Salla Allah Alayh Wa Sallam.

Kredit : Udah Mohsin