10 perkara yang kita kena bagitahu anak kita walau kita nampak kecil dan remeh

  1. Bagitahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image’ anak kita.

Anak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa

  1. Bagitahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya.

Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya

  1. Bagitahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu

Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ).

  1. Bagitahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint

Checkpoint 1 – mati
Checkpoint 2 – barzakh
Checkpoint 3 – mahsyar
Checkpoint 4 – mizan
Checkpoint 5 – sirat

Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan

  1. Bagitahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata

Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action’ selepas membaca dan memahaminya

  1. Bagitahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibubapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta

Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih

  1. Bagitahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya

Anak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’

  1. Bagitahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa

Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.

  1. Bagitahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia

Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada

  1. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya

Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia

Kredit : Taufiq Razif