MELAYU

Hari ini 8 Ogos 2021, genaplah 510 tahun peristiwa kejatuhan Kota dan Pelabuhan Melaka ke tangan Portugis. Kejatuhan kota tersebut juga merupakan titik mula kemasukan agama Kristian Katolik ke Tanah Melayu.

Portugis setelah menerima tentangan hebat daripada angkatan Melaka hampir putus asa, sehinggalah mereka berjaya merampas Jambatan Melaka. Dengan menguasai jambatan yg merentangi Sungai Melaka ini, angkatan Melaka terpecah dua dan hubungan komunikasi antara kedua-duanya terputus.

Seolah2 Portugis tahu bahawa satu2nya cara untuk menewaskan orang Melaka (dan orang Melayu amnya) ialah dengan memecahkan mereka. Jangan biarkan mereka bersatu.

Tanpa kesatuan arahan orang Melayu pun bercempera. Maka ratusan tahun kemudian terilhamlah kata2 berikut oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, seorang pejuang nasionalis Islamist Melayu;

Di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu padulah Melayu segenap baka,
membela keadilan hak pusaka.

Malangnya hingga hari ini seruan Dr Burhanuddin ini masih belum kita sambut. Ada sahaja anasir yg memecah-belahkan kita orang Melayu.

Dalam keadaan kita hampir roboh diratah virus Corona ini kita sepatutnya bersatu padu berdepan dengan ancamannya, tetapi malangnya kita ghairah nak menjatuhkan sesama sendiri.

Jika beginilah cara kita berjuang, 500 tahun lagi pun kita tak akan berjaya membela keadilan hak pusaka. Malah mungkin pada waktu itu segala hak pusaka kita telah lenyap selamanya…

Kredit : Prof Abdul Muati Ahmad