RAJA LIBYA MENGORBANKAN ISTANA UTK KEMAJUAN ILMIAH

1 – Saat kita kecewa dengan pemimpin korup, maka merujuk kisah kisah Raja bertarikat Ahmadiah mengembalikan sirna yang hilang. Pemilihan pemimpin dari kalangan ulama’ adalah pemilihan yang tepat kerana diharapkan keadilan hasil penghayatannya daripada ilmu agama yg tertanam di dada. Seperti halnya jika si muslim berbuat maksiat berbanding si kafir maka hidayah sudah tentu lagi kuat buat si Muslim kerana memang sudah berada dalam cahaya Islam dan Iman.

2 ‐ Telah berkata Dr Ahmad Qat’ani, “Sekiranya raja-raja di dunia ini seperti Idris as Sanusi sudah pastilah seluruh rakyat tidak akan meminta mereka diperintah melainkan dengan sistem pemerintahan beraja”.

3 – Persoalannya apakah keistimewaan Raja Idris as Sanusi sehingga menerima pujian sedemikian ? Teruskanlah pembacaan,

  • Beliau ialah Raja Negara Libya, pemimpin yang soleh lagi adil. Bapa kemerdekaan Libya, penyanggga maruah umat Islam, Sayyid Muhammad Idris b Muhammad Mahdi b Muhammad b Ali as Sanusi al Hasani. Diputerakan pada hari Jumaat 20 Rajab 1307H di Zawiyah Jaghbub, Libya.

4 – Baginda dibesarkan di bawah pentarbiahan ayahanda dan bondanya. Menghafal al Quran dengan ayahandanya. Selepas itu, dihantar ke pula ke para ulama’ bagi mendalami ilmu ilmu agama seperti ilmu qira’at dan hadis serta menguasai kitab kitab hadis sahih seperti kutub sittah, Muwatta, Musnad Abu Hanifah, Musnad Ahmad Hanbal, kitab kitab fikh seperti al Umm karya Imamuna as Syafie, kitab tafsir, bahasa, sejarah, dan sebagainya dan memperoleh ijazah daripada mereka.

5 – Raja Muhammad Idris seorang yg taat kepada agama, bersifat wara’, menjauhi syubhat, tidak terpedaya dengan kemewahaj dunia, mementingkan sifat zuhud dan tawadu’, hidup sederhana dan menjauhi publisiti. Baginda juga memiliki daya intelektual yang sangat tinggi dn daya ingatan yg kuat, daya berfikir yang sangat pantas dan bernas. Baginda tidak bercakap tentang sesuatu topik atau mengemukakan pendapatanya melainkan setelah melakukan pengkajian yang mendalam, menyertakan hujah hujah yang mantap dan dalil dalil.

6 – Baginda melawat rakyatnya yang sakit dengan jiwanya yang tawaduk dan memaafkan orang orang yg melakukan kesalahan selagi kesalahan yg dilakukan bukanlah perkara yang dimurkai Allah dan Rasul Nya. Baginda merendah diri dan tidak suka kepada kemasyhuran sekali pun telah berada di persada yang tinggi. Baginda juga kasihkan ulama serta sentiasa membesarkan mereka sehingga memberikan kedudukan yang khusus kepada mereka.

7 – meskipun masa pemerintahannya Libya berada dalam kemiskinan dan tidak mempunyai sumber masuk kewangan yg tetap kerana baru merdeka, Baginda tetap mengambil berat terhadap perkembangan ilmu dan pendidikan di negaranya dengan memperbanyakan penubuhan sekolah sekolah dan mengarahkan kpd mereka dan pihak yang terbabit supaya benar benar memberikan perhatian kepada perkembangan ilmu dan pendidikan rakyat Libya.

8 – Raja Muhamamd Idris telah mengasaskan Universiti Libya pada tahun 1955 baginda menyerahkan Istana al Manar di Benghanzi milik peribadi beliau sebagai premis bagi melangsungkan program universiti tersebut. Baginda melakukan sedemikian dengan menyerahkan Istana al Ghadir kepada Universiti Pertahanan.

9 – Usaha beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, Baginda telah mengeluarkan arahan kepada pemerintah tiga wilayah, Burqa, Tripoli dan Fezzan supaya menekankan pendidikan ilmu agama kpd pelajar di seluruh sekolah dengan menjadikannya sebagai subjek utama dan wajib. Perintah wajib juga dikeluarkan kepada pelajar Libya agar menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. Inilah langkah yang diambil Baginda bagi menyediakan generasi Islamik yang menjadi pembimbing ummat.

10 – Raja Muhammad Idris juga mempunyai hubungan akrab dengan Sayyid Muhammad al Hasan al Ahmadi. Beliau sering membantu Sayyid Muhammad al Hasan berdakwah dan mengembangkan Tarekat Ahmadiah seperti memberikan 150 pound daripada wang sakunya sendiri untuk pembinaan masjid di Sudan.

11 – Kerajaan Raja Muhammad Idris digulingkan pada tahun 1969, lalu Baginda memilih Mesir sebagai tempat bermukim bagi menghabiskan sisa hidup baginda dengan melakukan ibadah. Waktu pemerintahan Raja Muhammad Idris selama 18 tahun.

12 – Baginda wafat di Kaherah pada 13 Sya’ban 1403 ketika umurnya menjaukau 93 tahun. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Baqi’ Madinah Munawwarah dengan perkenan daripada Raja Khalid b Abd Aziz ketika hidupnya. Amanat itu diteruskan oleh Raja Fahd b Abd Aziz lalu dipindahkan jenazah tersebut dengan kapal terbang khas Mesir.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1803018806551001&set=a.165836783602553&type=3

Kredit : Ibnu Ishaq