Di Kota Madinah dahulu, yang bersedekah secara diam-diam di waktu pekat malam adalah Imām Ali Zainal ‘Abidīn bin Husain bin Ali رضي الله عنهم, cicitnya Rasūlullāh صلى الله عليه وآله وسلم
Diriwayatkan …..
Ibnu ‘Uyainah, daripada Abu Hamzah Ats-Tsimāli, ia berkata bahwa Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما biasa memikul roti (gandum) di atas belakangnya ke rumah-rumah orang miskin di tengah kegelapan malam. Imām ‘Ali Zainal ‘Abidīn berkata:
إِنَّ الصَّدَقَةَ فِي سَوَادِ اللَّيْلِ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ
“Sesungguhnya sedekah di tengah gelap malam itu akan memadam murka Rabb (Allāh Ta’āla).”
Yunus bin Bakir, dari Muhammad bin Ishāq berkata:
كَانَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ المدِيْنَةِ يَعِيْشُوْنَ، لاَ يَدْرُوْنَ مِنْ أَيْنَ كَانَ مَعَاشُهُمْ، فَلَمَّا مَاتَ عَلِيٌّ بْنُ الحُسَيْنِ، فَقَدُوا ذَلِكَ الَّذِي كَانُوْا يُؤْتُوْنَ بِاللَّيْلِ
“Dulu penduduk kota tersebut hidup dan tidak mengetahui dari mana asal makanan (roti) tersebut. Ketika Imām ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wafat, mereka tidak mendapatkan roti itu lagi yang biasa mereka dapatkan tiap malam.”
Jarīr bin ‘Abdul Hamid, dari. ‘Amr bin Tsābit, dia berkata:
لماَّ مَاتَ عَلِيٌّ بْنُ الحُسَيْنِ، وَجَدُوا بِظَهْرِهِ أَثَرًا مِمَّا كَانَ يَنْقُلُ الجُرُبَ باِللَّيْلِ إِلَى مَنَازِلِ الاَرَامِلِ
“Ketika ‘Imām Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wafat, mereka mendapati di belakangnya itu ada bekas kerana seringnya memikul kantong dari kulit pada malam hari ke rumah-rumah orang-orang yang susah.”
Syaibah bin Na’āmah berkata:
لما مَاتَ عَلِيٌّ وَجَدُوْهُ يَعُوْلُ مِئَةَ أَهْلِ بَيْتٍ
“Ketika Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنهما wafat, mereka dapati bahwa beliau itu mencukupkan nafkah untuk 100 ahli rumah.”
Sebahagian penduduk Madīnah mengatakan:
مَا فَقَدْنَا صَدَقَةَ السِّرِّ، حَتَّى تُوُفِّيَ عَلِيٌّ
“Kami tidak pernah tidak mendapati sedekah diam-diam sehinggalah Imam ‘Ali bin al-Husain رضي الله عنه wafat.” (Siyar A’lām An-Nubalā’, 4:393-394).
عليه السلام
Kredit : Abu Zahrah Abdullah Thahir