Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata :
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda” :

“Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu”

Sahabat bertanya : “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah :

  1. Terlalu banyak bersuka ria
  2. Terlalu mewah
  3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
  4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
  5. Saling memarahi
  6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain. [HR Hakim]

Semoga Allah memelihara kita daripada berlaku zalim terhadap sesiapa, semoga dijauhi penyakit cinta dunia daripada diri saya, diri saya dan diri saya, kerana cinta dunia akan membuka pintu segala kejahatan.