Penulisan ini adalah sebahagian hasil dan dapatan dari kelas serta kuliah yang saya ikuti dari penyampaian Dr. Amran Muhammad (ISSI) berkaitan teori² Sains-Tauhid Kalam Asha’irah. Berikut adalah pengenalan bagi 5 Teori Substantif Kalam yang diringkaskan menjadi Teori OCEAN.

Pengenalan:

Teori² OCEAN ini saling berkait antara satu sama lain dan ia mesti dibincangkan dalam pakej atau secara keseluruhan. Banyak pengkritik Kalam Asha’irah khususnya, mengkritik teori² ini secara ‘individu’ atau satu-satu. Contoh, mereka mengatakan bahawa teori Atomism sudah tidak lagi relevan di zaman moden kini (outdated), penolakan Causality merupakan punca umat Islam lemah dalam sains dan sebagainya. Oleh sebab itu, perbincangan teori² Kalam ini harus diperbincangkan secara keseluruhan atau dalam bentuk pakej.

Jika diperhatikan, Imam al Ghazali juga melakukan perkara yang serupa. Semenjak Tuhafut al Falasifa ditulis dan dikembangkan, dilihat tiada lagi usaha yang mampu membangunkan semula pemikiran Neoplatonik Ibn Sina dan al Farabi sehingga kini. Malah ibn Rushd juga tidak mampu menjawab kembali hujah² Imam al Ghazali kerana mutakallimun khususnya Imam al Ghazali telah pun memusnahkan sistem metafizik dan epistemologi Aristotelian-Neoplatonik itu secara total. Jika adapun usaha² untuk membangunkan semula idea falasifa atau falsafah Islam ini, ia sekadar bersifat sejarah. Yakni hanya mengulang-ulang apa yang al-Kindi, al-Farabi dan ibn Sina pernah sebutkan sebelumnya.

Dari awal lagi para mutakallim dan ulama Asha’irah menjadikan Kalam sebagai alternatif bagi idea² dan faham falasifa yang bermasalah itu. Malah daripada teori Kalam O.C.E.A.N ini, para sarjana Kristian mengambil (adopt) dan mengajarkannya kepada umat Kristian di Eropah yang kemudian berjaya mencetuskan pemikiran moden (via moderna) yang menggantikan pemikiran via antiqua pada era Pertengahan.

Maka secara tidak langsung kita dapat memahami bahawa Kalam telah berjaya membina mindset moden seperti yang kita fahami melalui teori² O.C.E.A.N ini.

Teori² O.C.E.A.N ini bertujuan menunjukkan satu persatu bagaimana mutakallim memusnahkan teori² Aristotelian-Neoplatonik dan juga falasifa.

Tauhid Asha’irah Membedah Syubhah² Metafizik & Epistemologi.

Asha’irah sangat peka dan sensitif kepada perkara² syubhah, maka kita dapat melihat banyak pendekatannya yang boleh dikatakan sebagai radikal. Para orientalis juga menggelarkan golongan Asha’irah ini sebagai kelompok ‘radical monotheism’.

Jika kita boleh memahami dialektik antara falasifa, Kalam dan tasawuf falsafi/irfani, maka kita dapat melihat bagaimana Kalam mengambil sikap yang jelas (clean & clear) dalam pendirian metafizik dan epistemologi mereka. Kalam lebih suka mengambil sikap ‘epistemic cautious/humility’ dimana Kalam tidak melakukan dakwaan² yang tidak jelas atau dakwaan yang bersifat bersifat spekulatif.

Misalnya, Kalam berpegang kepada metafizik yang minimum, Kalam tidak membuat dakwaan seperti dakwaan ahli² falsafah mahupun tasawuf falsafi dalam sistem metafizik dan kosmologi mereka yang dilihat sangat kompleks. Malah yang lebih penting dakwaan² mereka itu adalah tidak benar dan tersasar dari landasan aqidah.

Kalam sangat berpegang kepada keterikatan 3 sumber ilmu yang sah iaitu secara hissiyyat, aqli dan khabr. Kalam tidak mengambil ilham sebagai sumber ilmu yang sah secara terbuka tetapi penerimaannya (ilham) itu dibincangkan secara lebih khusus. Jika ilham diterima sebagai ilmu yang sah secara umum akibatnya akan menimbulkan kekacauan dan kekeliruan yang besar terhadap agama Islam itu sendiri.

Konsep Penting dalam Occasionalism.

Occasionalism adalah merupakan isu metafizik . Ahli falsafah Yunani (Plato, Aristotelian, Neoplatonisme) percaya kepada konsep “Nature” atau Tabi’ah. Mereka juga mempercayai konsep aql/active intellect dan nafs yang berperanan menjaga dan mengendalikan planet² tertentu pada alam ini, misalnya.

Mereka mempercayai bahawa setiap konsep ini bersifat qadim. Konsep² ini juga dinamakan sebagai free bodying agent atau entiti² yang bebas dan mandiri dari kekuasaan serta pengawasan Tuhan.

Tentu sekali aqidah Islam menolak kefahaman dan konsep seperti ini kerana setiap perkara dan peristiwa itu dijadikan/diciptakan oleh Allah SWT secara langsung tanpa ada perantaraan atau ‘secondary causes’.

Jadi teori Occasionalism ini memberitahu kita bahawa tiada satu perkara pun sama ada ia bersifat zarah, af’al dan fenomena yang Allah SWT tidak terlibat secara langsung dalam proses penciptaan sesebuah perkara tersebut.

Causality vs Necessitarianism

Ahli falsafah Yunani percaya bahawa alam ini qadim. Dengan itu, mereka menanggap alam ini bersifat independent yang mempunyai natural causal atau logos. Secara automatiknya, dakwaan ini mewajibkan berlakunya fenomena sebab-akibat. Contoh, A disebabkan oleh B. Bagi ahli falsafah Yunani, tiada perkara yang terjadi/berlaku melainkan mengikuti aturan atau undang² logos (rasionaliti) di mana proses dan kejadian pada alam ini seolah telah ditentukan (deterministic). Malah bagi falasifa, alam ini adalah manifestasi bagi rasionaliti atau logos yang menjurus kepada idea necessitarianism dan menjadi sebab bagi mereka untuk menolak perkara² mukjizat yang berlaku kepada para Nabi.

Kalam Asha’irah menolak adanya sebab-akibat yang wajib. Mutakallim Asha’irah adalah golongan pertama yang memperkenalkan hukum aql dan hukum adat dalam silibus pengajian mereka.

Bagi Asha’irah subjek bagi hukum aql dan hukum adat adalah berbeza. Sebaliknya, ahli falsafah Yunani dan falasifa menganggap subjek bagi kedua hukum ini adalah sama. Mereka mengatakan apa jua yang wajib bagi aql adalah wajib juga pada alam.

Atomism, Huduth Alam & Metafizik Seperation.

Teori Atomism ini sangat penting bagi Kalam untuk menyatakan bahawa alam ini adalah baharu/huduth. Pada masa yang sama teori atomism ini diambil untuk memperkukuhkan skema metafizik perpisahan/seperation antara Tuhan dan alam yang berlawanan dengan skema metafizik kesatuan/participation pegangan ahli falsafah dan tasawuf falsafi.

Bagi ibn Sina dan al Farabi, Tuhan dan alam ini ibarat matahari dengan cahayanya. Pada mereka alam ini sekadar fayd/emanasi/limpahan daripada Tuhan yang bermaksud alam ini sebahagian daripada Tuhan.

Kalam Asha’irah mengatakan secara ontologi bahawasanya mustahil perkara yang qadim boleh bergabung dengan perkara baharu/hadith dan sebab itu Asha’irah menolak pendekatan metafizik kesatuan/participation ini.

Para mutakallim kemudiannya memperkenalkan teori khalqun jadid yang menyatakan alam ini dicipta dan diperbaharui Tuhan pada setiap saat dan ketika.

Melalui pendekatan metafizik atomism, kita dapat memahami bahawa alam ini bersifat diskret dan finite.

Manakala dalam metafizik emanasi, alam ini dibahagikan secara heiraki dan berlapis-lapis. Misalnya, ahli falsafah Yunani dan falasifa meletakkan 10 aql/intellect yang menghubungkan antara Tuhan dan alam.

Idea tentang aql/intellect ini tidak diterima pakai oleh mutakallim kerana ia sekadar berbentuk spekulasi ahli falsafah. Metafizik emanasi ini kemudiannya digunakan secara sekular di zaman moden untuk memperkembang teori evolusi Darwin (sebagai contoh) yang nyata bertentangan dengan prinsip dan pegangan aqidah Islam.

Empiricism & Nominalism

Ada konsep yang penting dalam falsafah Yunani iaitu berkenaan mahiyyah/essence, setiap ahli falsafah akan mencari makna mahiyyah/essence bagi setiap perkara yang mereka cuba fahami.

Mutakallim pula mempercayai bahawa memahami sesuatu definisi secara mahiyyah adalah suatu perkara yang mustahil. Untuk itu, mereka mengambil pendekatan untuk mendefinisi makna sesuatu secara nominal atau tafsili.

Mutakallim sedar bahawa manusia tidak akan dapat mengetahui hakikat sesuatu benda itu hingga yang paling dalam (essence). Manusia hanya dapat mengetahui sifat dan kualiti fenomena alam ini melalui pancaindera yang bersifat empirikal.

Tambahan, ahli falsafah juga membawa idea tentang definisi surah/form. Bagi Plato surah ini dikenali sebagai alam mithal (Platonic Form), manakala menurut Aristotle surah/form ini berada pada satu² jasad/benda itu sendiri. Begitu juga konsep hayula/prime matter, ahli falsafah dan tasawuf (irfani) masih berpegang kepada konsep hayula sehingga kini malah mereka menganggap surah dan hayula ini adalah suatu yang qadim.

Dalam falsafah, ilmu disebut sebagai kulliyat/universal dan manasia tidak akan dapat memahami perkara² yang juziyyat. Sebaliknya Kalam melalui kefahaman empirikal, mengiktiraf ilmu² yang bersifat juziyyat dan ia juga dikira sebagai ilmu yang sah dan boleh diperolehi. Dapatan ilmu secara ekserimental, musyahadah, mujarabat dan lain² menjadi sebahagian yang yaqiniyyat dalam tradisi Kalam.

Sejak dahulu ahli falsafah seperti Plato percaya bahawa ada suatu kewujudan yang paling hakiki di alam Platonic form atau alam mithal. Contoh, Plato mempercayai adanya warna merah yang hakiki (universal) di alam Plato. Warna merah yang mereka lihat di alam dunia hanya dianggap juziyyat atau refleksi dari alam Plato tersebut. Kewujudan hakiki yang terdapat di alam Plato itu dinggap sebagai ilmu yang sebenar.

Kalam menolak idea universal dan wujud bermahiyyah ahli falsafah. Kalam mendekepankan konsep wujud al iktibari atau konstruksi minda. Perkara kulliyat bagi Kalam hanya satu bentuk konstruksi minda sahaja. Melalui konsep ini, kefahaman manusia tentang metafizik alam ini berubah menjadi lebih minimum. Seterusnya menyumbang kepada pembentukan pemahaman moden yang kemudiannya membuang segala bentuk kefahaman ahli falsafah yang bersifat tahyul/occult dan misteri pada alam ini.

Pandangan Alam Yang Labih Sainstifik & Rasional

Peranan Kalam Asha’irah mengubah pandangan alam dunia melalui teori O.C.E.A.N. Setelah Kalam meruntuhkan falsafah Neoplatonik yang dipegang oleh Kristian abad pertengahan (abad 12 & 13). Bermula abad ke-14, umat Kristian telah mula mengambil idea² daripada Kalam yang menyumbang kepada tercetusnya peradaban barat moden. Kalam Asha’irah mempunyai sistem metafizik dan epistemologi yang jauh lebih meyumbang kepada dunia berbanding sistem metafizik falasifa (Aristotle-Neoplatonik).