“FENOMENA ISTIWA’ ADZAM DI ATAS KAABAH”
ISTIWA’ ADZAM MATAHARI
Istiwa’ utama Matahari atau Istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena Matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).
Apabila Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.
Dimaklumkan bahawa pada 28 MEI 2021 JAM 5.16 PETANG akan berlaku Peristiwa Matahari Rembang (ISTIWA’) di atas Kaabah.
Maka sesiapa yang ingin menyemak arah kiblat di kediaman, pejabat atau dimana-mana premis, bolehlah melakukannya pada tarikh dan masa tersebut.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT
Tegakkan satu objek lurus / tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.
(Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus)
Tempat yang dipilih untuk tujuan semakan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
Penentuan dan semakan arah kiblat mesti di buat tepat pada waktunya berdasarkan waktu SIRIM. (contoh: waktu TV)
Lihat bayang-bayang objek.
Berdiri di hujung bayang-bayang dan lihat ke arah objek/tiang tersebut.
Arah kiblat membetuli arah bayang-bayang ke objek/tiang tersebut.
Bahagian Falak
Jabatan Mufti Negeri Pahang