Karamah di sisi ahli hadis, bukanlah sekadar terbang, melipat bumi, melihat tembus dinding, tahu isi hati masyarakat itu tiada manfaatnya kepada umum. Tak dinafikan memang ada penceritaannya termaktub dalam biografi mereka tetapi sedikit. Karamah ahli hadis atau mana-mana ilmuan mereka lebih suka mempamerkan kepada kita bahawa keilmuan mereka berada pada tahap maksimum, luar dari adat dan kemampuan manusia biasa.
Misalnya guru kepada al Hafiz Abu ‘Ala’ al Fasi, Syeikh Ahmad b al Arabi b Sulaiman al Andulisi, mampu menyalin Fathul Bari karangan Ibn Hajar al Asqalani yg lebih 10 jilid tu dalam 3 hari sahaja.
Kekuatan hafalan mereka mengalahkan berbilion hardisk dan komputer seperti hafalan al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani menghafal kitab umdah seperti al Umm, Duaafa Ibn Adiy, dan sebagainya.
Kecepatan dan ketangkasan daya hafalan sekelip mata menunjukan kepada kosongnya otak mereka dari urusan dunia, tertumpu kepada agama. Tidak diserabutkan dengan urusan lain. Abu Alak al Fasi menghafal rijal Mizan Iktidal dalam tempoh yang sekejap.
Ini sisi yang ditonjolkan ilmuan tapi kita tak sedar, yela pentahkik pun letak tajuk “sifat si fulan”.. Bagi saya ini karamah buat ulama yg kita leka dan alpa. Jangan pula sebb mereka ni tiada karamah kalian lekehkan, persendakan. Kalian tu yang tak memahami pencarikan adat.
Ahli hadis ke ahli tauhid ke ahli bahasa ke mereka terlalu sibuk dengan ilmu-ilmu mereka tak sempat nak kupas karamah-karamah yang tak memberikan manfaat kepada umum. Bukankah karamah ilmu ini banyak manfaatnya kepada umum ? Saya terima karamah mencarik adat dalam kitab2 sufi yang tak melanggar hukum syariah takde masalah pun.
Kredit : Ibn Ishaq