Ada satu kisah tentang seorang lelaki yang sangat rajin bekerja ketika zaman Rasulullah SAW.
Baginda dan sahabat melihat kerajinan lelaki ini bekerja, lalu seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kerajinannya bekerja itu digunakan ke jalan ALLAH?”
Rasulullah SAW menjawab, “Apabila dia keluar mencari rezeki kerana anaknya yang masih kecil, maka dia di jalan ALLAH.
Apabila dia keluar mencari rezeki kerana kedua orang tuanya yang sudah berusia lanjut, maka dia di jalan ALLAH.
Apabila dia keluar mencari rezeki kerana dirinya sendiri supaya terjaga harga dirinya, maka dia di jalan ALLAH.
Apabila dia keluar mencari rezeki kerana riak dan kesombongan, maka dia di jalan syaitan.”
(Riwayat al-Mundziri, at-Targhib wa at-Tarhib)
Semoga apa jua pekerjaan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah dan melayakkan kita mendapatkan keampunan-Nya. Aamiin.
Credit : Liza Shahida