10 RESOLUSI PERSIDANGAN KAHERAH BERKAITAN ISU PALESTIN
Sebelum kita ulas, mari kita baca dahulu intipati 10 resolusi sidang kemuncak pemimpin tiga negara, Presiden Mesir, Raja Jordan dan Presiden Palestin berkaitan isu Palestin yang berlangsung semalam, 2 September 2021 di istana Ittihadiah Kaherah, Istana Presiden Mesir.
1.Presiden Republik Arab Mesir dan Raja Jordan masing-masing menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu utama rantau ini dan menyokong hak dan keadilan intuk rakyat Palestin terutama sekali dalam merealisasikan penubuhan negara Palestin yang berdaulat berdasarkan peta 4 Jun 1967 yang beribu negara di Baitul Maqdis Timur, sesuai dengan undang-undang antarabangsa, resolusi-resolusi PBB dan Inisiatif – inisiatif liga arab.
2.Sidang kemuncak turut membahaskan siri perbincangan dan pergerakkan-pergerakkan mutakhir yang dilaksanakan oleh ketiga-tiga negara, terutama sekali dalam mencapai kata sepakat untuk mengembalikan usaha yang komprehensif isu Palestin secara penyelesaian dua negara yang merupakan satu-satunya alternatif yang adil, menyeluruh, strategik untuk keamanan dan keselamatan serantau.Semua pihak mesti berganding bahu memastikannya menadi realiti.
3.Ketiga-tiga pemimpin berharap kerjasama yang padu mengembeling tenaga untuk kembali berunding bersama rakan-rakan negara arab yang lain untk rundingan damai, sesuai dengab usaha yang pernah dilakukan sebelum ini.
4.Kesemua pemimpin menolak segala jenis halangan pihak Israel yang menggagalkan penyelesaian dua negara ini dan mengganggu proses damai termasuk meluaskan penempatan haram di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur, menyita tanah, memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin dan menghalau mereka di kawasan penempatan sedia ada seperti apa yang telah berlaku di Perkampungan Sheikh Jarrah.
5.Penjajah Israel mesti memelihara warisan sejarah dan undang-undang yang diiktiraf oleh antarabangsa di Baitul Maqdis sama ada tempat-tempat suci untuk umat Islam mahupun kristian.Ketiga-tiga pemimpin turut membantah jenis pencabulan ke atasnya.
Sidang kemuncak turut menegaskan hak memelihara dan eksklusif keluarga Al Hashimiah seperti yang dibuktikan oleh sejarah ke atas tempat-tempat suci Islam dan Kristian di Baitul Maqdis dan memastikan identiti-identiti yang melambangkan pemilikan bangsa arab sama ada Muslim mahupun Kristian.
6.turut dibincangkan dalam sidang kemuncak segala tindak-tanduk yang menjurus ketegangan di Baitul Maqdis Timur, dalam Masjidil Aqsa dan di perkarangan Masjdil Aqsa.Semua pihak mesti menjaga ketenteraman secara berterusan.
7.Inisiatif Mesir dalam memastikan kejayaan genjatan senjata dan pembangunan semula Gaza adalah tindakan yang dialu-alukan.
Persidangan berkenaan turut menyeru masyarakat antarabangsa bersama-sama meringankan krisis kemanusian di Gaza melalui penyertaan bersama dalam program pembangunan semula, menggalakkan Israel memenuhi keperluan asas rakyat di Gaza sesuai dengan tanggungjawabnya berdasarkan undang-undang antarabangsa.
8.Memastikan konsesus nasional antara semua pejuang Palestin tercapai demi rakyat Palestin.
9.Masyarakat antarabangsa perlu berterusan memberikan sumbangan moral dan dana kepada UNRWA untuk membantu pelarian Palestin.
10.Kesemua peminpin ketiga-tiga negara setuju untuk mengadakan sidang kemuncak yang sama kelak di Jordan pada masa yang akan ditentukan kelak.
Kredit : ONtvLIVE