Saintis temui Bukti Saintifik Hentaman Asteroid ke atas Kaum Nabi Luth as. Seperti yang kita semua sedia maklum,kaum Luth as memecahkan rekod sebagai manusia homoseks pertama di planet yang dipanggil Bumi ini.Kisah mereka diceritakan di dalam pada penganut ajaran Islam mahupun kristian sebagai pengajaran.Tapi tahukah anda betapa azabnya seksaan tersebut?
Christopher R. Moore merupakan Pengarah Arkeologi dan Projek Khas di Program Penyelidikan Arkeologi Savannah River dan Institut Arkeologi dan Antropologi Carolina Selatan, University of South Carolina,Amerika Syarikat bersama sama 24 pakar yang lain menemui bukti-bukti impak kosmik terhadap Kota Sodom.
Kota Sodom kini dikenali sebagai Tall El Hamman terletak di Selatan Lembah Jordan 12 km dari Laut Mati.Pasukan penyelidik telah menggali dan melakukan kajian ke atas kota purba ini selama bertahun-tahun.Hasil penelitian dan kajian mendapati,lokasi kota ini adalah yang lokasi sama kaum Nabi Luth as ditimpa azab 3600 tahun lalu dan disebut di dalam kitab suci Al Quran dan Bible.
Mereka mendapati terdapat jalur-jalur gelap pada sisa-sisa kota tersebut.Jalur jalur tersebut merupakan mendakan abu,arang dan bata mentah cair sekitar 1.5 meter.Jelas sekali ia adalah kesan kebakaran berskala raksasa dan sangat panas.Persoalannya,adakah ia disebabkan kebakaran?gempa bumi?letusan gunung berapi?peperanagan?jawapannya tidak !
Kaum Luth as menerima impak kosmik iaitu asteroid yang meledak sebagai Superbolide yang kemudai menghentam penduduk Sadum dengan kekuatan 1000 kali ganda Bom Atom Hiroshima atau 12 Megatan,yang kedua terburuk pernah direkodkan selepas Chixculub Impact.Serangan bebola api sebesar 4 kilometer ini sangatlah terang dan membutakan penduduk sekitar yang tergamam dengan peristiwa ini.
Azab ini tidak terhenti di sini,angin puting beliung terhasil sejajar dengan peningkatan suhu udara sehingga 2000 darjah celcius membakar dan memanggang penduduk Sadum hidup-hidup!Badan-badan mereka tercarik dan hancur lebur manakala tulang tulang mereka pecah dan hancur ! Tanah menjadi rata dan tanaman musnah menjadi padang jarak padang tekukur.
Saintis menemui bukti seperti ‘shocked quartz’ dimana jisimnya bersamaan 6 buah kereta kebal dan Berlian Nano yang sangat kecil jika dibandingkan dengan virus selsema.Pada tembikar-tembikar dan barang antik tinggalan kaum ini,saintis menemui elemen seperti Iridium,Platinum dan Zirkonium Silikat.Masing-masing memiliki takat lebur melebihi 1500°c.
Berlian Nano atau Nanodiamonds ditemui dalam kawah dimana ia terbentuk oleh bebola api yang mempunyai suhu panas dan tekanan melampau pada tumbuhan dan pohon.Selain itu saintis turut menemui sferul,sejenis besi lebur yang lebih kecil dari debu dimana ia lebur pada suhu 1590°c.Segala bukti ini memiliki persamaan perisitiwa di Tunguska,Russia pada 1908 dan Impak Chicxulub,65 juta tahun lepas.
Kredit:
– Christopher R Moore-University of South Carolina.
Phil Silvia, Allen West,Ted Bunch,Malcolm Le Compte
– Astrolab
– Kamal Hasyim
(Gambar Sekadar Hiasan. Gambar adalah berkenaan letusan Gunung Berapi Vesuvius di Pompeii, Rome)