Di dalam Kitab Nawadirul Usul نوادر الأصول في أحاديث الرسول صلي الله عليه وسلم محمد بن علي الحكيم الترمذي Karangan Al Hakim At Tirmidzi ada menyatakan tentang Khawarij pada muka surat 54 beliau membawa satu tajuk khusus memperikan tentang khawarij ( الاصل الحادى والاربعون فى الخوارج) , Hamba menakalkan diatas jalan ikhtisar (ringkas)

Di Riwayatkan daripada Abdillah Bin Abi Aufa رضى الله عنه Nabi Muhammad ﷺ bersabda :

الخوارج كلاب أهل النار

“Al-Khawarij adalah anjingnya ahli neraka.”

الخوارج قوم ضل سعيهم فى الحيوة الدنيا وهم يحسبون انهم يحسنون صنعا
Khawarij ialah satu puak yang sesatlah urusan mereka itu ketika hidup didunia padahal mereka menyangka bahawa baik urusan mereka itu .

Rasulullah ﷺ mensifatkan mereka itu dengan Sabda Baginda ﷺ :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ بَعْدِي مِنْ أُمَّتِي أَوْ سَيَكُونُ بَعْدِي مِنْ أُمَّتِي قَوْمٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَلَاقِيمَهُمْ يَخْرُجُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَخْرُجُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ ثُمَّ لَا يَعُودُونَ فِيهِ هُمْ شَرُّ الْخَلْقِ وَالْخَلِيقَةِ

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sunggauh Sepeninggalku kelak, akan muncul suatu kaum yang pandai membaca Al Quran tidak melepasi tengkok mereka. Mereka keluar dari agama, seperti anak panah yang terlepas dari busurnya (Laju) dan mereka tidak pernah lagi kembali ke dalam agama islam. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk dan akhlak mereka juga sangat buruk.”

Khawarij juga golongan Bodoh memahami Agama Islam tetapi berlagak tahu tentang Islam :

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الأَحْلاَمِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ؛ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Akan keluar di akhir zaman, sekelompok kaum yang pengalamannya kurang (pemahaman agamanya sedikit) akalnya bodoh. Mereka mendengung-dengungkan ucapan terbaik yang ada di muka bumi ini (Al Quran & Hadith) . mereka membaca Al-Quran, namun tidak melepasi tengkoknya. Mereka keluar dari agama, sebagaimana anak panah keluar dari busurnya. Jika kalian menjumpai mereka, bunuhlah mereka. Karena membunuh mereka ada pahalanya di sisi Allah, bagi yang berhasil membunuh mereka. (HR. Bukhari dan Muslim).

Kata Al Hakim At Tirmidzi :

وربما تمسكوا باخر الاية ونهوا عن اولها حتى قال قائلهم لجابر بن عبدالله انت الذى تقول يخرج الله عن النار قوما بعدما أدخلهم فيها قال نعم سمعته من رسول الله ﷺ قال فأين قول الله تعالى وماهم بخارجين منها ولهم عذاب مقيم قال جابر أنظر لمن هذا مبتدأ الآية إن الذين كفروا لوأن لهم ما فى الأرض الآية.

Dan adakalanya berpegang Puak Khawarij dengan akhir ayat Al Quran dan meninggalkan awal ayat Al Quran sehingga berkata oleh Seorang Khawarij kepada Sayyidina Jabir Bin Abdillah ( Engkaukah orang yang mengatakan mengeluarkan oleh Allah dari Api Neraka akan satu Kaum setelah mana Allah memasukan mereka itu kaum kedalam Neraka ?) Jawab Jabir (Ya , Akun mendengarkannya daripada Rasulillah ﷺ) Lalu menjawab oleh Khawarij itu (Maka nak buang dimana Firman Allah Ta’ala وماهم بخارجين منها ولهم عذاب مقيم Tidak keluar mereka itu Ahli Neraka dari Neraka dan bagi mereka Azab yang pedih?) Jawab oleh Sayyidina Jabir Bin Abdullah : (Tengok balik diawal ayat tersebut kepada siapa Allah Ta’ala firmankan kekal di dalam Neraka iaitu kepada Orang KAFIR)

Khawarij juga biadab dengan Nabi ﷺ

عن ابى سلمة رضى الله عنه قال وقف رجل على رسول اللهﷺ وهو يقسم تبرا فقال يا محمد اعدل فرفع بصره اليه فقال ويلك اذا لم أعدل فمن يعدل ؟

Dirawayatkan daripada Abi Salmah berkata ia ﷺberdiri seorang lelaki didepan Nabi
padahal Nabi sedang membahagikan harta , Maka berkata lelaki itu : Wahai Muhammad berlaku adil ! maka Nabi ﷺ mengangkat akan mata baginda kepada lelaki tersebut lalu bersabda : Celaka engkau , Apabila aku tidak adil maka siapa lagi yang lebih adil dariku ?

Ada Hadith yang lebih panjang menceritkan kisah ini didalam Bukhari dan Muslim berbunyi begini :

عن أبي سعيد الخذري قال: بينما نحن عند رسول الله (ص) وهو يقسم قسما أتاه ذوالقويصرة وهو رجل من بني تميم فقال: يا رسول الله اعدل. قال رسول الله (ص) ويلك ومن يعدل إن لم اعدل؟ قد خبتُ وخسرتُ إن لم اعدل. فقال عمر بن خطاب (ض) يا رسول الله ائذن لي فيه اضرب عنقه. قال رسول الله (ص) دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرئون القران لا يجاوز تراقيهم ويمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية

Dari Abi Said Al‑Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah ﷺ dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!” Berkata Rasulullah ﷺ , “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Nescaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan saya memenggal lehernya.” Berkata Rasulullah ﷺ , “Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia mempunyai banyak teman, dimana dianggap remeh sembahyang di antara kalian dibanding sembahyang mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Pada hari Hunain Rasulullah ﷺ mengutamakan sebagian manusia dalam pembagian ghanimah. Beliau memberi Al‑Aqra bin Habis Al‑Handhaly 100 unta, memberi Uyainah bin Badrul Fijary dengan jumlah yang serupa dan memberi para pembesar Arab, beliau mengutamakan mereka dalam pembagian. Maka berkata salah seorang, “Demi Allah, pembagian ini tidak adil dan tidak bertujuan untuk mencari ridha Allah!” (HR. Muslim)

وفي رواية: إن من ضئضئ هذا قوما يقرئون القرآن لا يجاوز حناجرهم يقتلون أهل الإسلام ويدعون أهل الأوثان يمرقون الإسلام كما يمرق السهم من الرمية لئن أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد

Dalam riwayat yang lain: “Sesungguhnya dari keturunan ini ada kaum yang membaca Al-Qur’an yang tidak sampai kecuali pada kerongkongan, mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala, mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya, jika saya menjumpai mereka pasti akan saya bunuh mereka seperti membunuh kaum Aad.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jauhilah Perangai Khawarij!

Sekian Al Faqir Ahmad Faiz Hafizuddin
Khuwaidim Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah – Pondok Rumi Sufi Jawi Pondok Rumi Sufi Jawi