๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ง๐๐ช๐ ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ญ๐ญ๐ด๐ณ
Pada 834 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis.
Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit.
Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) & Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis.
Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187.
Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan taktikalnya: membariskan tentera pada kedudukan berdepan matahari terbit yang menyilaukan & mengganggu pandangan mereka.
Apabila posisi diubah ke timur pada 25 September, serangan Ayyubiyah lebih memberi impak & hampir berjaya memecah masuk benteng pertahanan kota sebelum Balian Ibelin, pemimpin pertahanan Kristian al-Quds, keluar untuk berunding.
Persetujuan dicapai, orang Kristian dijanjikan keselamatan untuk berhijrah ke Tyre (pangkalan Kristian yang masih tinggal di Levant) namun tentera Salib dijadikan tawanan sebagai hamba atau membayar tebusan untuk membebaskan diri.
Salahuddin memasuki kota al-Quds tanggal 2 Oktober yang jatuh pada 27 Rejab, tarikh ulangtahun peristiwa Israโ Mikraj Nabi Muhammad ๏ทบ. Masjid al-Aqsa dibersihkan & salib-salib bersama artifak-artifak Kristian lain dialihkan.
Mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan, permaidani dihampar & wangian dipercikkan ke segenap sudut masjid itu.
Selepas 88 tahun, azan berkumandang semula & solat Jumaat didirikan kembali di dalam al-Aqsa.
dan akidah.โ