Utk mereka yg nk mula kenali Bahasa Arab:

Antara perkara yg terlalu basic dlm Bahasa Arab bagi mereka yg nak mula tahu bahasa ini ialah:

  1. Kena tahu utk bezakan antara اسم, فعل dan حرف. Kena tahu damir. Kena tahu jugak tasrif.
  2. Kena kuasai juga sebahagian wazan yg utama iaitu:
    فعل
    فاعل
    استفعل
    افتعل
    أفعل
    فعَّل

Lagu mana nak ubah fi’il2 ini kepada fi’il mudari’ berserta damirnya, masdar dan fi’il amr kena tahu jugak sbb ini perkara basic. Kalau tak tau, susah nk faham teks2 dlm kitab2 Arab.

  1. Setelah tahu banyak perkara berkaitan perkara 1 dan 2 di atas, maka memudahkan seseorang itu utk merujuk kamus bagi mengetahui maknanya. Biasakan rujuk kamus Arab-Arab utk memperkayakan lagi perbendaharaan kata.
  2. Manakala balaghah, i’rab, bariskan setiap perkataan dlm ayat dgn betul dan seumpamanya tu dah mula utk next level. Baris akhir bagi setiap perkataan kena tahu sbb nk bezakan antara subjek dan objek. Tukaq baris, tertukar jugak objek menjadi subjek, atau subjek menjadi objek. Hat ni mmg kena mendalam betui utk menguasai bahasa Arab. Kalau hal melibatkan agama, lagilah kena bagi betui baris.
  3. Sekiranya anda telah melepasi semua perkara yg telah disebutkan di atas, jgn pula duk berasa alim melebihi ulama sehingga tak mau nak bertalaqqi ilmu kepada ulama. Berapa ramai orang yg mantap penguasaan bahasa Arabnya, boleh terbabas dan terpesong, gara2 tidak mahu bertalaqqi ilmu kepada para ulama ASWJ. Apatah lagi mereka yg tidak menguasai bahasa Arab, lebih2 lagi lah bahaya kalau dia duk berasa alim dan berani pula duk kondem ulama.
  4. Tidak semestinya orang yg tidak mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab, disangka ia tidak tahu bahasa Arab. Kadangkala ada juga orang yg pandai kecek bahasa Arab, tapi tak berapa faham baca kitab Arab. Ada juga orang yg tak pandai kecek Arab, tapi masya-Allah, baca kitab Arab dari sudut i’rab melebihi orang Arab sendiri.

Oleh yg demikian, pakat2 belajar bagi faham agama. Bagi faqih sbb nak amalkan agama dgn betul. Jgn niat nk belajar tu nak bagi orang kata kita tu alim. Sebab kealiman ini adalah kurniaan Allah bagi sesiapa yg Dia kehendaki. Selamat belajar semua, kerana diriwayatkan satu hadith daripada Nabi صلى الله عليه وسلم:

إنما العلمُ بالتَّعلُّمِ
Maksudnya: Hanya sanya utk memperoleh ilmu itu adalah dgn belajar.

Wallahu’alam.

Kredit : Dr Murshidi Mohd Noor (ISLAMI)