Ada yg kata bid’ah dlm ibadah sahaja, urusan dunia tiada bid’ah.

Contoh: Azan guna mikrofon tidak bid’ah sbb mikrofon dunia. Tambah ‘Sayyidina’ dlm selawat ketika solat tak boleh, sbb melibatkan urusan ibadah.

Kita nk tanya, sejak bila ulama memisahkan antara dunia dan ibadah? Setakat yg kita tahu, memisahkan antara ibadah dan dunia ni adalah golongan sekular. Agama satu pihak, dunia satu pihak.

Sebab itulah definisi bid’ah menurut pengikut Wahhabiyah adalah terlalu sempit, tidak menyeluruh. Berlainan bid’ah menurut ASWJ yg lebih lengkap kerana merangkumi semua perkara, tak kira sama ada ibadah atau hal keduniaan. Bid’ah tu boleh sahaja wujud dlm hal keduniaan sekiranya bertentangan dgn syarak. Selagi termasuk dalam dalil syarak, maka tidak dikira bid’ah sesat.

Justeru, guna mikrofon ketika azan dan tambahan selawat dlm solat seperti dua contoh di atas adalah bid’ah hasanah menurut ulama ASWJ kerana termasuk dlm lingkungan dalil-dalil umum syarak. Demikianlah permasalahan lain, kesemua boleh dibicarakan menurut ulama ASWJ dgn piawaian yg standard, tiada berat sebelah. Terangkum semua. Sekiranya menurut pengikut Wahhabiyah, mikrofon ketika azan itu tidak bid’ah, tambah ‘Sayyidina’ dlm selawat ketika solat dikira bid’ah pula. Agak memeningkan.

Sehubungan dengan itu, bid’ah menurut pengikut Wahhabiyah, saya dan tuan2 akan jadi pening sbb tiada piawaian yg standard utk membid’ahkan sesuatu. Boleh dikatakan, semua benda yg berkaitan ibadah hendak dikatakan bid’ah oleh mereka. Urusan dunia pula tidak dibicarakan bid’ah oleh golongan ini. Sebab itu timbul, selawat antara solat terawih bid’ah menurut mereka tetapi ‘main game’ antara solat terawih atau lain2 perbuatan dunia tidak bid’ah.

Kita pun jadi pening bid’ah yg sebegini kerana tidak pernah kita memisahkan antara urusan agama dan urusan dunia, kerana ajaran Islam sama sekali tidak terpisah dari urusan dunia. Ianya adalah agama yg merangkumi segalanya secara syumul sama ada rohani, jasmani, mental, fizikal dan sebagainya. Oleh itu, bid’ah menurut ulama ASWJ adalah lebih luas, standard dan merangkumi semua perkara yg boleh dirujuk oleh umat Islam dlm menentukan sesuatu itu bid’ah atau tidak.

Wallahua’lam.

Kredit : Dr Murshidi Mohd Noor