Kecantikan Adat-Adat Uthmaniyyah

1) Air dan Kopi

Dahulu mereka akan menghidangkan satu piring kopi kepada tetamu bersama segelas air kosong.

Jika tetamu tersebut minum air kosong dahulu sebelum kopi, maka itu adalah signal kepada tuan rumah bahawa tetamu tersebut dalam keadaan lapar dan dia perlu menyediakan makanan.

Dan jika sebaliknya, maka dapat difahami oleh tuan rumah bahawa tetamu tersebut sudah kenyang.

2) Ros Merah & Ros Kuning

Diletakkan ros kuning di hadapan rumah orang yang sakit untuk memberitahu kepada orang yang lalu lalang dan jiran tetangga keharusan untuk menjaga suasana dan tidak mengganggu orang sakit tersebut.

Jika diletakkan ros merah pula, ini bermaksud bahawa di dalam rumah tersebut ada seorang anak dara yang sudah sampai umur untuk berkahwin yang sedia untuk dipinang dan mengelakkan dari cakap-cakap buruk orang tentang kehormatannya.

3) Pengetuk Pintu

Pada zaman Uthmaniyyah, diletakkan pada pintu-pintu rumah dua pengetuk pintu.

Satu pengetuk kecil dan satu pengetuk besar.

Jika pintu rumah diketuk dengan pengetuk kecil, maka itu adalah signal bahawa tetamu yang datang adalah wanita, maka yang patut keluar menyambut tetamu wanita tersebut adalah tuan rumah wanita juga.

Jika pintu rumah diketuk dengan pengetuk besar, maka itu adalah signal bahawa tetamu yang datang adalah lelaki, maka yang patut keluar menyambut tetamu lelaki tersebut adalah tuan rumah lelaki juga.

4) Sedekah

Golongan kaya zaman Uthmaniyyah, mereka begitu bersungguh menghulurkan sedekah tanpa menimbulkan kesusahan kepada faqir miskin.

Caranya mereka akan pergi ke kedai-kedai runcit dan pasar sayur untuk melihat buku daftar hutang mereka dan diminta untuk nama mereka dihapuskan dari senarai hutang serta dilunaskan hutang mereka.

Tanpa ditulis atau disebut nama mereka, selalunya golongan faqir miskin akan dapati nama mereka sudah terhapus dari senarai hutang tanpa mengetahui siapakah yang berbuat demikian.

5) Umur 63 tahun

Jika golongan yang melebihi umur 63 tahun ditanya tentang berapakah umur mereka pada zaman Uthmaniyyah, mereka merasa malu kerana umur mereka sudah melintasi had umur baginda Nabi SAW.

Sebagai adab & hormat kepada baginda Nabi SAW, maka mereka akan katakan : “Kami ini golongan yang telah melebihi had ( had umur baginda Nabi SAW) wahai anakku “.

Demikian sebahagian kecantikan, nilai estetika yang ada pada adat-adat Uthmaniyyah.

Kredit : Ahmad Azhar