Khutbah Jumaat Al-Shaykh Al-‘Allamah Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti pada 5 Rejab 1423H bersamaan 5 September 2003

“[Qadiyani, Babiyyah, Baha’i dan Wahhabi adalah] Pasak- Pasak Britain bagi Memecahbelahkan Perpaduan Umat Islam”

Di antara perkara yang diketahui oleh semua orang yang berakal juga adalah bahawa sesungguhnya senjata strategik – sepertimana yang disebut oleh mereka (musuh-musuh umat Islam) – yang utama patut diutamakan dan digunakan untuk menghapuskan Islam ialah senjata perpecahan.

Pasak pertama: Fahaman al-Qadiyaniyyah, ia adalah pasak yang diwujudkan oleh Britain di India dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Pasak kedua: Fahaman al-Babiyyah dan al-Baha’iyyah, ia adalah pasak yang diwujudkan oleh Britain di Mesir dan di beberapa penjuru di Asia Tenggara.

Pasak ketiga: Fahaman al-Wahhabiyyah, ia adalah pasak yang diwujudkan oleh Britain di kepulauan Arab, rujuklah kepada sumber yang telah aku nyatakan tadi, untuk kamu mendapatkan pengakuan yang nyata dan berani mengenai perkara ini.

Britain telah mencapai banyak daripada apa yang ia mahukan [melalui strategi perpecahan ini, iaitu]:

  • kemusnahan Khilafah [‘Uthmaniyyah] yang [dahulunya] luas dan mempunyai kuasa yang besar;
  • meletakkan kanser yang kekal di dalam tubuh dunia Arab dan Islam, iaitu negara Israel; dan
  • merobek dunia Arab dan Islam [sehingga berpecah belah dan saling bertelingkah]

Melalui ketiga-tiga pasak yang telah aku nyatakan kepada kamu semua sebelum ini, akan tetapi agama Islam ini tetap tidak berjaya dimusnahkan [oleh mereka].