Pada mata yang mencari hikmah,
Dari sekecil gerak perbuatan,
Hingga sekompleks ciptaan,
Pasti jelas tanda kecintaan Tuhan…

Bertebaran kita di muka bumi,
mengejar cita- cita,
menguasai kemahiran,
Dilancarkan tutur kata…

Sedarkah kita,
Dalam kenikmatan itu,
Yang dilihat disisi Dia,
Hanyalah iman dan taqwa,
Yang dijaga bakal penghuni syurga…

Yang benar itu jelas,
Yang mungkar itu jelas,
Pilihlah untuk menegakkan agama dalam dirimu,
Perisaikan diri dengan ilmu,
Bersahabat dengan pencari kebenaran,
Berguru dengan yang takutkan Tuhan…

Berbahagialah wanita,
Dengan nikmat hidayah itu,
Kerana hijab di kepalamu,
Bukanlah kerana dunia,
Tapi kerana taat padaNya…

Hijab itu satu perintah bukan pilihan,
Hijab itu satu nikmat bukan beban,
Hijab itu satu anugerah bukan musibah…

Pilihlah untuk menjadi wanita mulia…

Narrator : Hana Ismail
Nukilan : Ustazah Asni Mansor dan Diana Amir

#HappyWorldHijabDay2021 @Nurflix.tv

#SopanStreamTV

#TheKhadijahsdeenbuddies