? Tazkirah Jumaat?

Ada 4 perkara yang perlu kita tahu tentang selawat ke atas Nabi s.a.w;

  1. Apabila kita berselawat, Nabi s.a.w akan menjawab salawat kita dan mendoakan kita.
  2. Sekali selawat kepada Nabi s.a.w, Allah swt akan membalas 10x rahmat kepada kita.
  3. Jika dalam kerisauan, kesusahan ataupun kesulitan maka berselawatlah kepada Nabi s.a.w.
  4. Selawat yang terbaik adalah salawat yang diucapkan dalam tahiyat iaitu salawat Ibrahimiyyah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ،
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(Surah Al-Ahzab ayat 56).

Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.

Salam Jumaat penuh barakah ?

Credit : Dr Zamihan al-Ghari