• Apa itu ‘Nurflix Goldfish Version’?

Goldfish Version merupakan ‘Lite Edition’ bagi sistem Nurflix.

Goldfish Version ini masih lagi membuka peluang keahlian secara PERCUMA kepada para pengguna ‘early bird’ sistem Nurflix. (Goldfish Version-Free Subscription)

Objektif Goldfish Version-Free Subscription ini adalah untuk memperkenalkan kepada pengguna segala inisiatif Nurflix dari sudut kandungannya (content), kategorinya (catalogue) dan kerjasamanya (collaboration). Ini adalah satu bentuk ‘profiling’ kepada semua jenis kandungan Nurflix. Goldfish Version-Free Subscription ini juga adalah untuk memperkenalkan para penggiat dalam Nurflix ini termasuklah barisan artis, ilmuwan, pasukan produksi dan lain-lain.

Antara salah satu contoh katalog kandungan Nurflix adalah ‘Nurversity’ iaitu sebuah katalog pendidikan (education). Pelbagai kandungan boleh didapati dalam katalog ini antaranya seperti penukaran karya buku ke dalam bentuk sebuah produksi melalui platform yang fleksibel.

Platform ini bukan sahaja dalam bentuk streaming OTT (Over-The-Top), tetapi turut menampilkan ciri podcasting seperti Audio On Demand. Semua kemudahan ini boleh didapati dalam satu keahlian (membership) Nurflix.

Tujuan memperkenalkan sistem Nurflix melalui Goldfish Version-Free Subscription ini dilakukan adalah untuk para pengguna faham akan kualiti, hala tuju dan falsafah perjuangan Nurflix ini iaitu ‘Sopan Stream’. Pengenalan ini adalah penting untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan pengguna agar inisiatif Nurflix untuk memperjuangkan Sopan Stream ini terlaksana.

Oleh itu, setiap pihak yang ingin menyokong perjuangan inisiatif ini boleh menaik taraf (upgrade) keahlian mereka kepada Goldfish Version-Paid Subscription. Langganan berbayar ini memiliki dua pelan langganan iaitu langganan tahunan (Gold Membership RM 336 Annualy) atau langganan seumur hidup (Platinum Membership RM 3600 Lifetime).

Nurflix merupakan satu inisiatif norma baharu (New Initiative) bagi memperjuangkan Sopan Stream. Maka, Nurflix memerlukan sokongan dari semua pihak sama ada dalam bentuk kewangan mahupun kepakaran bagi menjayakan inisiatif ini.


NURFLIX GOLDFISH VERSION

  • FREE SUBSCRIPTION for INTRODUCING Nurflix Initiative (Sopan Stream) to the early bird.
  • Paid Subscription for SUPPORTING Nurflix Initiative (Sopan Stream) by two subscription plans option ;
    1) Gold Membership (RM 336 Annualy)
    or
    2) Platinum Membership (RM 3600 Lifetime)

Bacaan Lanjut ;
Nurflix mensasarkan modal produksi yang berkualiti tinggi menjangkau RM40 juta bagi menyiapkan produksi bersiri penuh bagi 12 judul original Nurflix yang terawal, sepertimana yang diumumkan ketika awal pelancaran dahulu. RM 40 juta ini tidak termasuk dalam pembukaan katalog-katalog baru serta operasi lainnya.

Katalog pendidikan (education) dalam inisiatif Nurflix adalah tetap PERCUMA walaupun setelah langganan bulanan bermula. Dana bagi katalog pendidikan ini lebih kepada sumbangan dari dana awam yang akan dibuka kelak.