[Hubungan Ilmu Fiqh al-Tahawwulat Dengan Surah al-Kahfi]

  1. Asbab al-Nuzul surah al-Kahfi : Kaum Quraisy telah mengutus al-Nadh bin al Harts dan Uqbah bin Abi Muith kepada pendeta Yahudi Madinah untuk bertanya tentang kenabian Muhammad dengan menceritakan sifat-sifatnya dan segala sesuatu yang telah diucapkannya. Orang-orang Quraisy beranggapan bahawa pendeta-pendeta itu adalah ahli di dalam memahami kitab yang telah diturunkan terlebih dahulu dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian yang orang Quraisy tidak mengetahuinya. Lalu berkatalah pendeta itu kepada utusan Quraisy: “Tanyalah kepada Muhammad akan tiga perkara. Jika dia dapat menjawabnya, maka dia adalah seorang Nabi yang diutuskan. Akan tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia hanyalah orang yang mengaku menjadi Nabi. Tanyalah kepadanya tentang para pemuda pada zaman dahulu yang bermusafir dan apa yang terjadi kepada mereka kerana cerita tentang pemuda itu sangat menarik. Tanyakan kepadanya tentang seorang pengembara yang sampai ke Timur dan Barat dan apa pula yang terjadi padanya dan tanyakan kepadanya tentang roh, apakah roh itu.” Mereka pun berangkat mengadap Rasulullah dan bertanya akan tiga perkara tersebut. Rasulullah bersabda: “Aku akan menjawab tentang perkara-perkara yang kamu persoalkan itu.” Maka pulanglah mereka kesemuanya. Rasulullah menunggu penurunan wahyu sehingga terlewat 15 hari.
  2. Turunnya surah al-Kahfi dan yang mengajaibkan pada awal surah tersebut dimulai dengan kisah ashab al-Kahfi dan sebelum penutup ada pengembara yang sampai ke Timur dan Barat dan diantara dua kisah ini ada beberapa kisah yang lain tetapi pertanyaan tentang ruh tidak disebut dalam surah al-Kahfi.
  3. Ayat tentang ruh diturunkan dalam surah al-Isra’ iaitu sebelum surah al-Kahfi dalam turutan mushaf. Ulama berpendapat pertanyaan tentang ruh tentang falsafi dan tidak berhubungan dengan Tarikh maka tempatnya dalam surah al-Isra’ kerana surah ini semuanya berhubungan dengan mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan beberapa keajaiban yang dilalui oleh Nabi serta banyak perkara berkaitan dengan pertanyaan tentang ruh akan tetapi surah al-Isra’ mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan tarikh.
  4. Surah al-Kahfi sangat ajaib apabila ditadabbur maknanya kerana setiap lafaz mengandungi petunjuk sesuai diaplikasi pada zaman ini sebagai manhaj kehidupan umat akhir zaman bahkan lafaz al-Kahfi itu sendiri mengandungi ibrah yang besar untuk umat akhir zaman.
  5. وَإِذِ اعتَزَلتُموهُم وَما يَعبُدونَ إِلَّا اللهَ فَأووا إِلَى الكَهفِ يَنشُر لَكُم رَبُّكُم مِّن رَّحمَتِهِ وَيُهَيِّئ لَكُم مِّن أَمرِكُم مِّرفَقًا
    “ Dan apabila kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”
  6. Gua boleh dieertikan dengan gua dakwah & gua menyendiri & gua dakwah. Maksudnya menjauhkan diri daripada kehidupan sosial yang zalim dan mungkar dan mengfokuskan kepada pendidikan dan tarbiah para pengikut & orang yang dibawah amanah kita sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi tentang orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri ;
    سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِه

“ Akan ada fitnah-fitnah, di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari dalam fitnah tersebut. Barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan mempengaruhinya. Barangsiapa mendapatkan tempat berlindung, maka dia sebaiknya berlindung di tempat tersebut.”

  1. Abu Hurairah pernah mengatakan ;

حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وِعَاءَيْنِ ، فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَبَثَثْتُهُ ، وَأَمَّا الْآخَرُ فَلَوْ بَثَثْتُهُ قُطِعَ هَذَا الْبُلْعُومُ

Aku menghafal dari Nabi dua bejana ilmu. untuk satu bejana sudah saya sampaikan kepada kalian. Untuk bejana yang kedua, andai saya sampaikan kepada kalian maka kepalaku akan dipenggal.

  1. Al-Hafidz Ibnu Hajar ketika berkomentar pada hadith tersebut mengatakan ;

وقال غيره : يحتمل أن يكون أراد مع الصنف المذكور ما يتعلق بأشراط الساعة وتغير الأحوال والملاحم في آخر الزمان ، فينكر ذلك من لم يألفه ، ويعترض عليه من لا شعور له به

Ulama lain mengatakan, kemungkinan, yang dimaksud dengan ilmu yang disembunyikan adalah informasi terkait tanda-tanda kiamat. Terjadi perubahan besar dan kekacauan di akhir zaman. Sehingga jika disampaikan akan diingkari orang yang tidak boleh menerimannya dan ditolak oleh orang yang tidak menyedarinya. (Fathul Bari )

  1. Maka ilmu tentang fitnah dan petanda akhir zaman disampaikan dengan lemah lembut sebagai makna kalimah رحمته pada ayat يَنشُر لَكُم رَبُّكُم مِّن رَّحمَتِهِ dan ilmu ini tidak sesuai untuk setiap orang dan setiap tempat pada zaman permulaan fitnah kerana ada ancaman bahaya.
  2. Begitu juga ketika membahaskan tentang ashab al-Kahfi, Allah berfirman :

وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَآ
Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya

  1. Ayat ini memberi petunjuk bahawa kisah ashab al-Kahfi merupakan salah satu perkara yang berhubungan dengan kiamat dan tanda-tandanya.
  2. Manhaj ahli ashab al-Kahfi sangat diperlukan di akhir zaman dan inilah yang dinamakan golongan namatul ausoth oleh ahli tarbiyah. Mereka jika melihat dunia dalam kekacauan dengan berlakunya banyak pertumpahan darah, perkara-perkara yang haram dilaksanakan, kebenaran dan keadilan tidak dijaga, mereka akan menjauhi daripada masyarakat yang mungkar dan menetap di daerah yang boleh memberi manfaat sebagaimana ashab al-Kahfi lari dari kekuasaan raja yang zalim dan masyarakat sekitarnya menuju ke gua.
  3. Allah menyelamatkan mereka dan mengtidurkan mereka selama mereka berada dalam gua dan membangunkan mereka agar menjadi pelajaran bagi umat akhir zaman. Kisah ashab al-Kahfi merupakan salah satu petanda akhir kiamat dan Rasul memerintahkan umat untuk membacanya surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat untuk berlindung daripada fitnah al-Dajjal dan kuncu-kuncunya.
  4. Surah al-Kahfi perlu dibaca dan ditadabbur sesuai dengan pemahaman rukun keempat ugama supaya difahami dengan sebaiknya.

https://www.facebook.com/100000953605455/posts/5941509149224146/?d=n

Kredit : Muhammad Saeed bin Sori
Maahad Imam Al-Adni ,Shah Alam