ULAMA PENGGERAK UTAMA JIHAD DI MELAKA

Orang-orang Melayu juga mendesak Sultan, begitu juga dengan Kadi-kadi (ulama-ulama) mereka yang telah melakukan banyak ucapan kepada khalayak orang-orang Melayu di mana mereka (kadi-kadi) menyatakan bahawa portugis adalah pengkhianat dan pencuri yang ingin menguasai seluruh dunia.

Jika Portugis mengujuhkan kedudukan mereka di MELAKA, maka mereka akan mengambil alih tempat ini untuk mereka sendiri dan umat Islam akan kehilangan semua pegangan mereka.

Portugis telah melakukan sebegini di India, mereka (kadi-kadi) berkata bahawa keadaan sebegitu tidak seharusnya dibenarkan berlaku di Melaka, begitu juga tidak patut mengadakan perdamaian dengan mereka (portugis)

Catatan Fernao Lopes De Castanheda dalam History of the Exploration & Conquest of The Indies by The portugese.

===============================

Para Ulama di Melaka berperanan dalam membangkitkan dan meniupkan semangat jihad di kalangan tentera Melaka agar terus kuat melawan kuffar portugis ketika itu.

Ketika di ambang peperangan , Ulama ulama sering memberikan ucapan ucapan semangat kepada penduduk melaka untuk berjihad .
Dan Ulama-ulama juga menjadi perancang dan penggerak utama dalam perang menentang portugis.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH PARA SYUHADA’ YANG SYAHID KETIKA MEMPERTAHANKAN BUMI BERTUAH MELAKA

Sumber :

Teknologi Kesultanan Melaka
Ustaz Hasanuddin Yusof