Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali رحمه الله berkata dalam kitabnya yang agung, Ihya’ ‘Ulumiddin:

فإن قلت فبأي علامة تعرف العالم والواعظ أنه صادق مخلص في وعظه غير مريد رياء الناس ؟ فاعلم أن لذلك علامات :

Jika kamu berkata: Dengan tanda apakah kamu (wahai Imam al-Ghazali) mengetahui bahawa seorang alim dan seseorang penceramah itu jujur dan ikhlas dalam menyampaikan nasihatnya tanpa ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia? Maka (jawapannya) ketahuilah bahawa perkara tersebut ada beberapa tanda :

إحداها : أنه لو ظهر من هو أحسن منه وعظا أو أغزر منه علما , والناس له أشد قبولا , فرح به ولم يحسده , نعم لا بأس بالغبطة وهو أن يتمنى لنفسه مثل علمه .

Salah satu daripadanya ialah: Jika muncul seseorang yang lebih baik nasihatnya daripadanya atau lebih banyak ilmunya daripadanya dan orang ramai sangat menerimanya, (maka) orang alim tersebut akan gembira dan tidak akan hasad dengki kepadanya. Ya, tidak mengapa ada perasaan ghibtah iaitu dia bercita-cita agar dirinya juga mendapat ilmu sepertinya.

والأخرى : أن الأكابر إذا حضروا مجلسه لم يتغير كلامه ,بل بقي كما كان عليه فينظر إلى الخلق بعين واحدة .

Dan tanda yang lain ialah: Apabila orang-orang besar menghadiri majlisnya, (maka) kalamnya tidak akan berubah (tidak terkesan). Bahkan kalamnya kekal seperti mana keadaan sebelumnya kerana (orang yang ikhlas itu) melihat segala makhluk dengan mata (pandangan) yang satu (sahaja).

والأخرى : أن لا يحب اتباع الناس له في الطريق والمشي خلفه في الأسواق

Dan tanda yang lain ialah: Dia tidak suka orang ramai mengikutinya (mengiringinya) di jalanan dan berjalan di belakangnya di pasar-pasar.

ولذلك علامات كثيرة يطول إحصاؤها

Dan perkara tersebut ada banyak lagi tanda-tanda (lain) yang mana jika nak dihitung semuanya akan menjadi panjang.

  • Semoga Allah menyelamatkan kita daripada sifat riya’ dan segala sifat yang menyalahi sifat ikhlas kita kepada Allah.

Credit : Ustaz Abdul Rahman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2072638072973269&id=100006812895601&sfnsn=mo