Islam menggesa kita berdoa memohon dijauhkan manusia hasad dengki dari hidup kita, bahkan memang dilarang bersahabat dengan insan berpenyakit hasad samada hasadnya kronik atau tidak, cukuplah sekadar menunaikan tuntutan ikramul muslimin, agama islam ajar kita pilih sahabat.

Orang beriman dilarang berhasad dengki dalam hati walau sekelumit, TAK BOLEH!

Hasad dengki bukan perkara yang main-main, ia adalah penyakit yang jauh lebih bahaya berbanding Covid, Diabetes atau Kanser, ia mengeluarkan aura yang memudaratkan.

Bahkan timbul penyakit ain adalah hasil pandangan mata manusia yang disertai perasaan hasad dalam hatinya.

Pemuji yang berpenyakit hasad akan memudaratkan seseorang yang dipuji, yakni apabila datang kemudaratan pada seseorang setelah dipuji, itulah terkena penyakit Ain namanya.

Cara mengelak penyakit Ain adalah bertasbih dan bertahmid apabila dipuji seseorang.

Oleh kerana itulah kaum Hawa digesa berniqab, besar manfaatnya berniqab, setiap perkara yang Islam anjurkan pastinya terbaik buat manusia.

Dan jika kita memiliki sesuatu kebahagiaan, elakkan menghebohkannya di media sosial atau ketika bersosial, kerana ia berisiko mengundang penyakit Ain dek penghasad dengki.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang Qalbun Salim lagi dijauhkan manusia berhasad.

Credit : Tabligh Malaysia MA