Islam menolak kelompok Mujasimah iaitu golongan yang membawa akidah Tajsim. Akidah Tajsim ini adalah akidah yang menyerupakan Allah dengan makhluk ciptaanNya. Akidah ini merupakan akidah orang kafir, penyembah berhala, penyembah dewa-dewi pagan kuno bahkan akidah Yahudi dan Nasrani yang terseleweng.

Mereka menggambarkan Allah itu seperti makhluk, memiliki muka, tangan, kaki, duduk di atas takhta singgahsana, berada di atas langit, bergerak ke sana sini, turun ke bumi, naik ke langit dan pelbagai lagi pandangan yang kufur. Bagi menjawab kekeliruan ini, para ulama Islam dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan kaedah “Mukhalafatuhu lil Hawadis” dalam huraian Sifat 20. Ini berdalilkan dari ayat al-Quran yang menyatakan Allah tidak serupa dengan apapun jua.

لَيْسَ كَمِثْلِهٖ شَيْءٌ ۚوَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

Ertinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. (SURAH asy-Syura ayat 11)

Berikut merupakan huraian lanjut oleh ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin yang dirujuk dari kitab akidah ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ;

_______

-Ar Rahman Di Atas Arasy Istiwa-

Tersebut didalam Kitab Hisnu Wal Junnah Ala Aqidati Ahli Sunnah الحصن والجنة على عقيدة أهل السنة (Kota Pertahanan & Perisai diatas Pegangan Ahli Sunnah) Syarah bagi Al Alim Al Allamah Wal Hibrul Bahrul Fahamah Sohibit Tahqiqu Asy Syafi As Syeikh Muhammad Bin Yusuf As Syahir Bil Kafi diatas Kitab Aqidah Ahli Sunnah karangan Hujjatil Islam Abi Hamid Al Ghazali رضى الله عنه pada muka surat 33 :

Kata Hujjatul Islam Imam Ghazali رضى الله عنه ونفعنا الله به وبعلومه :

وانه مستو على العرش على الوجه الذى قاله

Dan Bahawasanya Allah itu Istiwa diatas Arasy diatas wajah/jalan yang telah berfirmankan oleh Allah akan dia

وهو قوله تعالى الرحمن على العرش استوى

Dan FirmanNYA itu ialah Bermula Yang Maha Pemurah itu diatas Arasy Istawa

وبالمعنى الذى اراده الله اعلم به

Dan istiwa dengan makna yang menghendakilah oleh Allah akan maknanya itu , Allah yang maha Mengetahui dengan maknanya

اى نؤمن باستوائه على العرش ونكل كيفيته الى الله تعالى ولكن يجب صرف اللفظ عن ظاهره لاستحالة الظاهر عليه وهو الاستقرار على العرش لكونه من خواص الاجسام

Iaitu maknanya ialah Kita beriman dengan IstiwaNYA diatas Arasy dan kita serah akan kaifiyatnya kepada Allah Ta’ala akan tetapi WAJIB dipalingkan akan lafaz daripada makna Zohirnya (Takwil Ijmali) kerana tentu tidak makna zahir itu atasNYA dan makna Zohir Istiwa itu ialah menetap diatas Arasy , kerana keadaan menetap itu ialah setengah daripada sifat sifat ketentuan bagi segala jisim (Allah zatNYA bukan Jisim)

وقد ثبت أن امام دار الهجرة رحمه الله تعالى سئل عن ذلك فأجاب السائل بعد اطراق رأسه مليا بما معناه الاستواء معلوم والكيف مجهول والايمان به واجب والسائل عن هذا مبتدع أخرجوه عنى
وفي رواية قال الاستواء منه غير مجهول والكيف منه غير معقول والايمان به واجب والسؤال عنه بدعة وأظنك صاحب بدعة وأمر به فأخرج

Dan sesungguhnya telah sabitlah bahawa Imam Malik ditanya tentang masalah Istiwa , maka menjawab oleh Imam Malik akan orang yg bertanya itu setelah mana tunduk dan berpeluh Imam Malik : “Al Istiwa itu maklum (disebut didalam Al Quran) dan Kaifnya itu tidak diketahuikan dan beriman dengan ayat itu ialah Wajib dan penanya tentang hal ini ialah tukang Bid’ah , Keluarkan dia dari majlis aku “

Di dalam Riwayat yang lain Imam Malik menjawab : Al Istiwa dari ayat itu tidak dijahilkan (Maklum disebut didalam Al Quran) tetap Kaifiyatnya tidak terima pada Aqal , Beriman dengan Ayat Al Quran itu Wajib , bertanya tentang Istiwa itu Bid’ah dan Aku menyangka engkau ialah Tukang Bid’ah . Maka Imam Malik suruh halau dari Majlisnya .

ولذلك قال رحمه الله تعالى (استواء منزها عن المماسة والاستقرار والتمكن والحلول والانتقال)

Dan kerana demikian itulah berkata oleh Imam Ghazali ( IstiwaNYA itu tersuci daripada bersentuh dengan Arasy , tersuci daripada menetap diatas Arasy , tersuci daripada duduk tetap diatas Arasy , tersuci daripada menyerap didalam Arasy dan tersuci daripada berpindah/bercerai dgn Arasy)

اى منزها عما ذكر لكونها من عوارض الاجسام وهو الله تعالى ليس بجسم . هذا مذهب السلف وعليه الائمة الاربعة

Yakni tersuci Allah Ta’ala daripada segala perkara yang disebutkan itu kerana keadaan segala perkara itu ialah setengah daripada sifat sifat / aradh aradh (yang kedatangan) bagi segala jisim padahal DIA Allah Ta’ala bukanlah ZatNYA Jisim . Inilah Mazhab Salaf dan menjalani diatas pendapat ini oleh Para Imam Imam Mazhab 4 (Hanafi,Maliki,Syafie & Hanbali) .

واما مذهب الخلف فيصرفون اللفظ عن ظاهره أيضا ويزيدون عن ذلك بعيين المراد من ذلك فيقولون استوى على العرش استواء لا كالاستواء المعهود بل المراد باستوى على العرش استولى على العرش استيلاء قهر وعظمة

Adapun Mazhab Khalaf maka memaling oleh mereka itu akan Lafaz daripada Makna Zohirnya juga sepertimana Mazhab Salaf (Takwil Ijmali) . Dan menambah lagi oleh mereka itu Mazhab Khalaf daripada Takwil Ijmali itu dengan menentukan murad/maksud (Takwil Tafsili) . Maka berkata Mazhab Khalaf Istiwa diatas Arasy itu istiwa yang bukanlah seperti istiwa yang tergambar dalam kepala otak manusia bahkan maksud dengan Istiwa diatas Arasy itu ialah menguasai/memerintah atas Arasy akan sebagai menguasai/memerintah mengerasi dan kebesaran .

والاستواء فى كلام العرب بمعنى الاستيلاء ثابت قال شاعرهم :

قد استوى بشر على العراق # من غير سيف ودم مهراق

Dan bermula Istiwa didalam percakapan orang Arab dengan makna menguasai/memerintah itu ialah Sabit/Berlaku sungguh . Telah berkata oleh Penyair mereka itu orang Arab :

Sungguh telah menguasai/memerintah oleh Bisyr keatas Negara Iraq # Tanpa menghunuskan pedang dan tanpa menumpahkan Darah .

ولا شك أن القرآن نزل بلغتهم فيفسر منه ظاهره مشكل بما ورد من لغتهم مما لا اشكل فيه ولو على طريق المجاز

Dan Tiada jenis Syak lagi bahwasanya Al Quran itu diturunkan dengan Bahasa Mereka itu orang Arab , Maka mentafsirkan daripada AlQuran akan ayat yang Zohirnya dimusykilkan dengan perkara yang warid/datang daripada Bahasa mereka itu orang Arab ialah setengah daripada perkara yang tidak dimusykilkan padanya . Dan Jikalau diatas jalan Majaz/Pinjaman sekalipun (Tidak Haqiqat)

فالاستواء بمعنى الاستيلاء لا ضير فيه فصرف اللفظ عن ظاهره متفق عليه عندالفريقين وانما الخلاف بينهما فى تعيين المراد . اهـ

Maka bermula Istiwa dengan Makna Istila (Memerintah/Menguasai) itu tidaklah mudhorat padanya . Maka memalingkan Lafaz daripada makna zohirnya (Takwil Ijmali) ialah perkara yang disepakati diatasnya disisi Mazhab Salaf dan Mazhab Khalaf . Hanyasanya berlaku khilaf diantara Mazhab Salaf dan Mazhab Khalaf itu pada menentukan murad/Maksud Lafaz (Takwil Tafsili) . Intaha

Kesimpulannya Mazhab Salaf & Mazhab Khalaf sama sepakat pada mentakwil ijmali ayat/nas yang mutasyabihat tetapi Mazhab Salaf tidak menentukan maksud diserahkan maksudnya kepada Allah setelah mentanzihkan Allah daripada menyerupai akan Makhluk . Sedangkan Mazhab Khalaf menentukan maksud dengan makna majazi (Takwil Tafsili) supaya hati manusia teguh dan tenang tidak menggambarkan Allah menyerupai akan Makhluq .

Mazhab Salaf – Aslam (Terlebih Selamat)
Mazhab Khalaf – A’lam Wa Ahkam (Terlebih berpengetahuan dan terlebih teguh) . Kedua-duanya ialah Jalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah .
Adapun Mazhab Salah ialah telan zohir tanpa Takwil ijmali atau Takwil Tafsili .

Credit : Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin
Khuwaidim Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah – Pondok Rumi Sufi Jawi Pondok Rumi Sufi Jawi