FURUQ

Antara perkara yang penting yang perlu diperhatikan seorang penuntut ilmu fiqh ialah Furuq (perbezaan) pada Furu’(masalah cabang).

Antara kitab yang awal ditulis dalam membahaskan bab ini ialah Ayah Imam al Haramain iaitu Imam Abu Muhammad al Juwaini.

Namun kitab yang yang lebih biasa dibaca diperingkat pengajian ialah Kitab Asybah wan Nazhair Imam Suyuthi.

Antara kitab yang terkenal yang juga dipelajari dan dikaji ialah kitab al Furuq karya Imam Qarafi al Maliki.

Saya mula mengenali cabang Ilmu ini ketika mengaji Kitab Sabilal Bab Haid pada tahun 2008.

Ketika itu Guru kami, Sidna Ustaz Mohd Zairil Saharuddin hafizahullah menerangkan tentang ibarat Sabilal dimana jika seseorang yang salasil baul, jika solat duduk, tidak keluar kencingnya, maka Wajib solat duduk.

Ustaz kata, masalah ni tak boleh qias begitu sahaja. Ada masalah yang hampir serupa, contohnya seorang yang parkinson, sentiasa bergerak itu sudah jadi haiah dia, namun jika dia solat duduk, maka tangan atau anggotanya akan berhenti.
Dalam keadaan ini, dia tetap wajib solat berdiri. Tidak boleh disamakan dengan masail diatas.

Saya tak pasti dimana wajh farq antara dua masail ini kerana beliau hafizahullah tidak terangkan kerana bukan tahap kami lagi.

Cuma saya mengagak agak bahawa masalah najis itu lebih berat untuk didahulukan berbanding berdiri yang hanya jadi rukun untuk solat fardhu sahaja. Adapun pergerakan yang banyak, ianya dimaafkan jika masyaqqah seperti menggaru dengan banyak kerana terlampau gatal.

Cuma saya belum jumpa ibarat tentang masalah ini. Ini cuma cuba2 memahami. Boleh jadi salah.

Muhammad Hazim Haznan

Wallahu’alam.