Suatu ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar, datang seseorang kepadanya menyatakan kapal miliknya terbakar. Maka Imam Abu Hanifah melihat ke arah hatinya kemudian mengucapkan alhamdulillah. Lalu beliau sambung mengajar seperti tiada apa berlaku
.
Kemudian seseorang tadi datang semula kepada Imam Abu Hanifah menyatakan kapal yang terbakar tadi bukan kapalnya. Maka Imam Abu Hanifah melihat lagi ke arah hatinya kemudian mengucapkan alhamdulillah. Lalu beliau sambung mengajar seperti tiada apa berlaku
.
Orang yang menyampaikan berita ini hairan dan bertanya tantang tindakan Imam Abu Hanifah tadi. Imam Abu Hanifah menjawab, saat kau sampaikan berita tentang kapalku terbakar. Aku tengok kepada hati aku. Hati aku sedikit pun tidak bergoyang. Sebab itu aku ucap alhamdulillah
.
Begitu juga saat kau sampaikan berita tentang kapal yang terbakar itu bukan kapalku. Aku tengok kepada hati aku. Hati aku sedikit pun tidak bergoyang. Sebab itu aku ucap lagi alhamdulillah. Inilah orang akhirat. Hatinya tidak terkesan dengan dunia. Hatinya hanya kepada Allah
.
Kita hari ini banyak terkesan dengan dunia. Contoh bawa kereta kene speed trap. Sepanjang perjalanan kita murung. Kita dah terbayang duit untuk bayar saman
.
Dakwah ini bukan kerja Ulama’ dan Ustaz sahaja. Dakwah ini kerja kita semua. Sebanyak mana kita bantu agama Allah, sebanyak itulah Allah akan bantu kita. Hari ini kita banyak berkira-kira untuk korban atas jalan Allah. Tapi bila perkara yang akan mendatangkan pendapatan kita tidak berkira-kira
.
Banyakkan sebut Allah. Bila kita selalu sebut hal dunia, maka hati kita akan ke arah dunia. Maka selalulah sebut hal agama supaya hati kita ke arah hal agama. Ini sifirnya
.
Ada dua orang yang mendapat ujian yang sama tapi penerimaan mereka berbeza. Dua orang kemalangan sampai hilang kaki. Seorang redha dan seorang stress. Yang redha itu kerana dia faham kaki itu bukan milik dia, milik Allah. Yang stress itu kerana dia anggap kaki itu milik dia
.
*Nota ringkas kuliah FB live bersama Ustaz Syed Putra Haizam

Kredit : Muhammad Ashraf