Allahuakbar !!!
Allahuakbar !!!
Allahuakbar !!!
Walillahi al-Hamd !!!
Jumaat Barakah, rakyat Palestin bersorak kegembira dengan berita yang baru mereka terima pada Syawal kali ini. Sejak hujung Ramadhan lalu, mereka diserang oleh pihak Israel.
Presiden Mesir, Abdul Fattah Sisi membantu Palestin bagi mendesak Israel melakukan gencatan senjata sekaligus memberi kemenangan moral buat rakyat Palestin bahkan masyarakat Islam seluruh dunia.
Semalam pegawai tertinggi diplomatik Mesir berada di Ramallah, Palestin serta juga ke Tel Aviv, Israel dalam usaha mendesak Israel menyetujui gencatan senjata.
Mesir kini mengambil tanggungjawab untuk mengurus keselamatan di Gaza. Mesir terus berusaha untuk membantu menyelesaikan konflik Israel-Palestin ini di peringkat diplomatik antarabangsa.
Abdul Fattah Sisi juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM 2 bilion bagi tujuan membina semula Gaza. Ini sebagai satu rancangan yang pandang jauh ke hadapan demi kebaikan rakyat Palestin. Peluang gencatan senjata ini membolehkan Mesir membantu untuk membina semula kekuatan Palestin.