[Nota Ringkas Untuk Memahami Sunnah Al-Mawaaqif dan Sunnah al-Dalaalah menurut ilmu Fiqh At Tahawwulat]

  1. Mafhum al-Sunnah menurut ilmu Tsawabit ialah apa yang warid daripada Nabi samaada perkataan, perbuatan dan taqrir.
  2. Mafhum al-Sunnah menurut ilmu Mutaghoyyirat ada dua, iaitu Sunnah al-Mawaqif dan Sunnah al-Dalalah.
  3. Sunnah al-Mawaqif ialah setiap pendirian yang diambil oleh Rasulullah dan para Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin hingga hari kiamat dengan bertindak baik dalam mengambil pendirian ketika mengrespons perubahan dan fitnah yang berlaku.
  4. Asal pengambilan sunnah al-Mawaqif daripada hadith
    عَنْ أَبِي نَجِيْحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَاريةَ رَضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوْبُ، وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُوْنُ، فَقُلْنَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدَّعٍ، فَأَوْصِنَا، قَالَ : أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفاً كًثِيْراً. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ [رَوَاه داود والترمذي]
  5. Kenapa kita tidak mengatakan sunnah disini iaitu sunnah perkataan, perbuatan dan taqrir ? Kerana Nabi meng’athofkan selepas sunnah aku dengan sunnah khulafa’. Didalam ilmu Tsawabit tidak ada yang dinamakan sunnah khulafa’, yang ada sunnah Nabi. Jadi apabila Nabi mengatakan sunnah khulafa’ memberi petunjuk kepada kita bahawasanya sunnah disini bukanlah mafhum sunnah yang terdapat didalam ilmu Tsawabit tetapi mafhum sunnah yang terdapat dalam ilmu Mutaghoyyir. Sebelum pesanan Nabi supaya berpegang kepada sunnah, Nabi memberi pembayang tentang situasi perubahan yang berlaku pada umat ini iaitu keadaan pemerintahan dari seorang budak supaya berlaku taat kepadanya. Bukan kerana takut kepadanya atau memuja kehebatan dan kewibaannya, tidak. Tetapi kerana kasih sayang Nabi kepada umat. Terkadang, dengan tidak dengar dan taat itu akan menatijahkan mudharat yang lebih besar daripada mudharat pertama. Hal ini tidak menafikan kepentingan memberi nasihat kepada pemimpin tetapi perlu dengan cara yang benar dan tidak gopoh gapah. Dan pembayang Nabi tentang banyaknya perselisihan. Pembayang ini adalah isyarat kepada bentuk perubahan yang dibicarakan dalam ilmu Fiqh al Tahawwulat.
  6. Sekiranya ditanya apa beza antara sunnah al-Mawaqif dan sunnah Fi’liah dalam ilmu Tsawabit kerana seakan-akan ada wajah persamaan pada sudut fi’liah?
  7. Kita katakan bahawasanya beza antara dua sunnah ini pada beberapa bahagian. Bahagian pertama ialah sunnah fi’liah adalah sesuatu yang datang terus daripada Nabi bukan sikap dan respons dengan sesuatu yang terjadi. Akan tetapi yang dimaksudkan sunnah al-Mawaqif disini ialah sebuah sikap ataupun pendirian Rasul menghadapai suatu perubahan dan kejadian seperti sikap Rasul ketika menghadapi dan berinteraksi dengan karenah orang-orang Munafiq, sikap dan pendirian Rasul ketika menghadapi orang-orang Mekah dalam Fath al-Makkah yang dahulunya mereka mengzalimi kaum Muslimin dalam marhalah permulaan dakwah dan juga sikap Khulafa’ ketika mengrespons dan menghadapi perubahan dan kejadian seperti sikap S. Uthman ketika menghadapi orang-orang yang ingin membunuh dan menggulingkan beliau, sikap S. Ali ketika menghadapi kaum Khawarij, sikap S. Hassan bin Ali ketika berhadapan dengan ahli Syam, sikap S. Ali bin Hussain ketika berhadapan dengan situasi ketika ayahnya dibunuh.
  8. Sunnah fi’liah dalam ilmu Tsawabit tidak disyaratkan berlaku sebelumnya kejadian bahkan terkadang ianya perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan Nabi seperti solat Dhuha, solat Rawatib, qiamullail, berjubah beserban, bersiwak dll.
  9. Perbezaan yang kedua bahawasanya sunnah fi’liah berhubung dengan hukum akan tetapi sunnah al-Mawaqif ianya berhubungan dengan akhlak atau sikap.

10.Sunnah al-Mawaqif adalah sikap atau tindakan seseorang untuk mengalah dan mengetepikan hak-hak peribadi demi kemaslahatan umat. Contoh sikap S. Hasan setelah S. Ali gugur, kaum Muslimin memilih beliau sebagai khalifah. Orang-orang yang berkumpul untuk berbaiah dengan beliau lebih banyak daripada orang-orang yang berkumpul untuk berbaiah kepada ayahandanya, S.Ali. Setelah beliau menjadi khalifah selama 6 bulan, beliau mengadakan perjanjian damai dengan ahli Syam dan menyerahkan kekuasaan kepada S. Muawiyah setelah melihat mudharat perpecahan dan pertumpahan darah dalam fitnah ini. Beliau sanggup mengetepikan hak-hak beliau walaupun beliau lebih layak dalam hal ini demi kemaslahatan dan kesatuan umat.

  1. Adapun sunnah fi’liah tidak berhubung dengan hak-hak insan atau orang lain dan bukan satu tuntutan untuk mengetepikan hak-haknya.
  2. Sunnah al-Dalalah pula adalah dhobit syar’I yang menentukan sesuatu perkara selamat dilakukan atau tidak dengan petunjuk nas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
  3. Kehidupan manusia ini setiap hari semakin maju dan berkembang. Manusia melakukan banyak transformasi dalam setiap sudut kehidupan untuk menghadapi perubahan zaman. Begitu juga ugama, perlu diperbaharui setiap wasilah untuk menerangkan ugama dan cabang2nya kepada umat. Contohnya cetakan kitab tidak ada zaman Nabi, tetapi ianya adalah wasilah yang mahmudah yang memberi faedah kepada umat. Begitu juga penggunaan speaker, mikrofon dll.
  4. Perkembangan zaman menyebabkan banyak perkara telah berubah. Wasail ugama juga perlu ditajdid. Tajdid wasail bukan wushul. Usul ugama adalah perkara yang tetap, tidak boleh diubah. Yang perlu ditajdid ialah wasail untuk menyampaikan maklumat ugama kepada umat.
  5. Majlis pembacaan sirah secara mingguan, hauliah ulama’, daurah ilmiah di medsos dll walaupun tidak ada di zaman Nabi tetapi tidak bermakna ianya bida’ah mazmumah. Tidak disyaratkan apa yang kita lakukan harus ada pada zaman Nabi.
  6. Walaupun begitu, apa yang dilakukan perlu berteraskan dhobit syarak iaitu perkara tersebut termasuk dalam petunjuk umum daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Tidak disyaratkan ayat atau hadith membicarakan secara khusus perkara tersebut.
  7. Asal pengambilan sunnah al-Dalalah ini ialah daripada hadith :
    مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
  8. Diantara makna سَنَّ dalam hadith ini ialah أحدث dengan maksud melakukan satu sunnah yang baru dalam Islam walaupun tidak ada pada zaman sebelumnya tetapi perlu ada piawaian daripada syarak. Makna hasanah ialah perkara tersebut hendaklah berada dibawah petunjuk umum daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Walaupun Nabi dan para sahabat tidak melakukannya tetapi dengan memiliki dalil umum ini boleh menutup pintu perbantahan diantara kaum Muslimin.
  9. Makna sunnah sayyi’ah ialah sesuatu perkara yang dilakukan tidak dibawah petunjuk al-Qur’an dan al-Hadith.

Kredit : Muhammad Saeed

https://www.facebook.com/100000953605455/posts/5864812673560461/?d=n