SURAH YAASIN – PENGERTIAN SETIAP AYAT:

Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).
Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya – Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiriā€¦ Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua – Hancur
Tiupan ke-tiga – Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) – Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 – “Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan..

Kredit: Noami Mohd Nor