Maulana Ilyas Kandahlawi berkata :
“Benteng terbesar bagi orang beriman adalah Dakwah. Hidupkan suasana dakwah maka Iman akan terjaga.”

Dakwah jika benar dilaksanakan dengan tertib maka musuh boleh menjadi kawan. Sedangkan dakwah yang tidak dilaksanakan dengan benar akan membuat kawan menjadi musuh.

Usaha dakwah tabligh akan menjadikan orang yang paling buruk di dunia menjadi yang terbaik. Sebagaimana melalui usaha dakwah nya tabligh Rasulullah SAW, Umar bin Khatab ra dari ingin jadi pembunuh Nabi menjadi Amirul Mu’minin, Khalid bin Walid ra pembunuh 70 sahabat menjadi saifullah pedang ALLAH SWT.

Tetapi sebaliknya ALLAH SWT akan jadikan orang-orang baik menjadi orang terburuk melalui kerja ini apabila dalam kerja ini ada maksud-maksud keduniaan dalam kerja ini. Mencari jawatan, mencari dunia, mengambil manfaat dari jamaah maka ALLAH SWT akan palingkan hatinya dari akhirat ke dunia. Dia akan jadikan agama sebagai jalan untuk dapat dunia. Sebagaiman Ibnu Muljam hafiz Quran, ahli dzikir, tetapi membunuh Ali ra. Karena ingin kawin dengan wanita cantik. Kata Rasulullah SAW seburuk buruknya manusia adalah yang membunuh Ali ra.

Buat kerja untuk islah diri bukan untuk muslih orang lain. Merasa yang paling buruk, paling berdosa, paling tidak lurus imannya sehingga dakwahnya untuk memperbaiki diri BUKAN untuk menasihati orang lain dan merasa dirinya lebih baik dari orang lain. “Ana khairum minhu” saya lebih dari anda, adalah sifat iblis.

Kalau tambah dakwahnya tapi tidak tambah islah dan istigfarnya maka yang bertambah adalah sombongnya. Buat kerja bukan dengan akal dan fikir sendiri, tapi dengan arahan. Maulana Yusuf rah berkata setiap titik dalam kerja ini harus ikut sirah nabawiah dari keberkahan kerja Rasulullah SAW dan sahabat rhum, bukan karangan saya.

Seorang daie, bukan mahu mengirim musuh-musuh Islam ke neraka, tapi buat pengorbanan agar musuh-musuh Islam masuk syurga. Kerja mengirim manusia ke Neraka adalah kerja iblis dan itu janji dia kepada ALLAH SWT, bahawa dia akan mengirim seluruh keturunan Adam as ke neraka bersama dia. Kerja iblis bertentangan dengan kerja Nabi SAW. Nabi SAW buat kerja agar seluruh manusia masuk syurga dengan mengorbankan dirinya.

Umar bin Abdul Aziz rah tujuannya sama memperbaiki umat, tapi yang diperbaiki adalah dirinya dulu dengan mengorbankan pelbagai kenikmatan dirinya sebagai raja. Maka umat di zamannya menjadi baik dia pun mulia.

Tanda Dakwah ini benar semakin hari semakin sayang kepada umat. Nabi SAW sangat sayangnya kepada umat melihat orang meninggal tanpa iman beliau menangis sedih.

Tujuan kita keluar ini adalah latihan agar risau nabi akan menjadi risau kita, fikir nabi akan menjadi fikir kita, kerja nabi akan menjadi kerja kita, dan kesedihan nabi akan menjadi kesedihan kita.

Bagaimana risau dan fikir nabi SAW akan masuk ke dalam diri kita ini perlu usaha, latihan, dan pengorbanan.

Bersedia semua buat pengorbanan ikut tertib. Insya Allah..

SOLDIER OF ALLAH

Kredit : Muhammad Daniel Shaffiee