Menurut rakaman seorang pelancong di Turki, terdapat beberapa jenis Taranum yang berbeza ketika azan dilaungkan. Menurut muazin tersebut, ketika di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah dahulu, alunan Azan untuk setiap kali solat 5 waktu memiliki Taranum yang khusus.

-Solat Subuh : Taranum Bayyati

Azan Subuh dalam Taranum Bayyati adalah untuk membangunkan anda dan membuat anda terjaga.


-Solat Zuhur : Taranum Hijaz

Taranum jenis ini adalah sesuai untuk suasana tengahari ketika manusia sedang bekerja untuk datang solat ke Masjid.


-Solat Asar : Taranum Rast

Taranum ini sesuai untuk suasana petang tatkala manusia keletihan.


-Solat Maghrib : Bacaan pantas

Oleh kerana waktu Maghrib adalah waktu yang singkat, maka laungan azan adalah pantas.

-Solat Isyak : Taranum Hussaini


Solat Isyak di waktu malam amat sesuai dengan Taranum jenis ini kerana ia ibarat doa terakhir sebelum masuk tidur.