Asal Usul Kekufuran & Bid’ah Dholalah
Berkata Imam Muhammad Bin Yusuf As Sanusi Al Hasani (Min Jihati Ummihi) di Muqaddimat As Sanusiah رضی الله عنه ونفعنا الله به وبعلومه :
أصول الكفر والبدع سبعة
Bermula segala Asal Usul Kekufuran dan Bid’ah Dholalah itu ialah 7 Perkara .
- الإيجاب الذاتى وهو الذاتى أسناد الكائنات الی الله تعالى علی سبيل التعليل أو الطبع من غير احتيار
Jadi Alam Bangsa Zat iaitu disandarkan segala makhluk ini kepada Allah di atas jalan illat atau Tobiat dari ketiadaan Allah menentukan dan menjadikan Alam ini .
Ini Asal Kufur Puak Falsafah (Mazhab Ta’liliyah dan Mazhab Tobi’iyyah kerana Alam ini Qadim)
2.التحسين العقلی وهو كون أفعال الله تعالى وأحكامه موقوفة عقلا
Memperelokkan yang dibangsa pada Aqal iaitu adalah segala perbuatan Allah dan Hukum Hakam Allah itu terhenti atau terikat dengan Aqal .
Ini asal Kekufuran Puak Falsafah (Mazhab Barohimah kerana menafikan kenabiaan) dan asal Bid’ah Puak Muktazilah .
- التقليد الردئ وهو متابعةالغير لأجل الحمية والتعصب من غير طلب للحق
Pak Turut yang tertolak iaitu mengikut akan orang lain dari kerana ta’assub asobiyyah tanpa mencari kebenaran/dalil .
Ini asal kekufuran Para Penyembah Berhala/Patung dan asal Bid’ah Juhala dikalangan awam Muslimin
4.الرابط العادی وهو إثبات التلازم بين أمر و أمر وجودا وعدما علی سبيل التأثير
Ikatan bangsa adat iaitu mengisbatkan kemestian ikatan yang bangsa adat sama ada perkara ada dgn ada , ada dgn tiada ,tiada dgn ada atau tiada dgn tiada dan kesemua itu diatas jalan memberi bekas .
Ini asal Kekufuran Puak Falsafah (Mazhab Tobi’iyyah) dan asal Bid’ah Qadariyah Muktazilah .
- الجهل المركب وهو أن يجهل الحق ويجهل جهله به
Bodoh berlapis iaitu bahawa tidak tahu akan yang sebenar dan tidak tahu akan dirinya itu tidak tahu perkara yang sebenar .
Ini asal kekufuran bagi kebanyakan manusia
- التمسك فی عقائد الإيمان بمجرد ظواهر الكتاب والسنة من غير بصيرة فی العقل
Berpegang didalam segala simpulan kepercayaan/keimanan dengan semata-mata Zohir Al Quran dan As Sunnah tanpa disandingkan dengan dalil pada Aqal .
Ini asal Kekufuran Mujassimah Sorehah dan asal Bid’ah Dholalah Mujassimah Ghoir Sorehah dan Puak Hasywiyah
- الجهل بالقواعد العقلية التی هی العلم بوجوب الواجبات و جواز الجائزات واستحالة المستحيلات والجهل باللسان العربی الذی هو علم اللغة و علم البيان
Kebodohan dengan segala qaedah yang dibangsakan pada Awal iaitu mengetahui dengan mesti benda yang mesti , boleh jadi benda yang boleh jadi dan tentu tidak benda yang tentu tidak . Kebodohan dengan Bahasa Arab dan Ilmu Bayan (salah tu perbahasan Ilmu Balaghah) .
Ini asal Bid’ah Dholalah mereka yang malas mengaji .
اھ المقدمات السنوسية
Sekian Al Faqir Ahmad Faiz Hafizuddin
Khuwaidim Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah – Pondok Rumi Sufi Jawi Pondok Rumi Sufi Jawi
Alhamdulillah Hamba mengaji Kitab ini dari awal sampai khatam dengan أ.د جمال فاروق Hadratis Syeikh Al Allamah Dr Jamal Faruq Ad Daqaq Al Hasani Al Azhari حفظه الله تعالى dengan ditemani Baba Nabli Al-Fatoni .
Credit : Ustaz Faiz Hafizuddin